Ahmad dan Muhammad

 

From: weloveallah6236
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, June 7, 2013 11:37 PM
Subject: perbezaan Ahmad dan muhammad.


Selamat shbt e-bacaan.

soalan. apa beza ahmad yg dijanjikan oleh nabi isa dalam ayat 61:6 dan 47:2

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

soalan 1.

1) adakah Rasul Muhammad s.a.w. adalah rasul yg sama disebut dalam 61:6.

2) jika jawapan 1 ialah benar..apakah nasnya. dan jika tidak.. adakah rasul nama Ahmad sesudah Isa..sedangkan sudah disebut dalam ayat 33:40, muhammad khatam an-biya.

33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.

Rgds

Pencinta Tuhan Yg Esa.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Tapi hairan, mengapa seorang Pencinta Tuhan Yg Esa tidak menggunakan salam yang diajar-Nya!

Terus kepada soalan, yang bukan baru, tetapi telah lama ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dengan penjelasan-penjelasan menurut intelek masing-masing. Antaranya mengatakan Ahmad adalah nama asal Muhammad, dan bahawa perkataan "muhammad" bermaksud orang-orang yang memuji.

Perbuatan meraba-raba itu kami tinggalkan di situ sahaja.


Terus kepada soalan di atas
. Soalan pertama berbunyi "soalan. apa beza" (baris ke-2) tapi di kepalanya terpampang soalan "persamaan", bukan perbezaan. Sila lihat soalan 1) yang berbunyi "adakah Rasul Muhammad s.a.w. adalah rasul yg sama disebut dalam 61:6."

Bagi kami, kalau ingin sebut tentang perbezaannya, maka terdapat pada ejaan dan sebutan, yang boleh menunjukkan dua yang berlainan, walaupun kedua-duanya berasal daripada kata akar yang sama. Faktor akar itu juga turut boleh menunjukkan mereka itu sama.

Pendapat kami seterusnya ialah, oleh kerana Rasul bernama Ahmad tidak dikenali, maka jenis perkataan itu mungkin boleh dikatakan sifat bukan nama khas, lalu berbunyi "seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya dipuji."

Andaikata Rasul yang namanya dipuji itu Muhammad, maka kami agak setuju kerana nama baginda sudah lama dipuji, kecuali sejak kebelakangan ini terdapat orang-orang yang mengejinya pula dengan lukisan kartun. Sebelum itu difahamkan terdapat sebuah buku, ditulis oleh seorang Kristian, meletakkan Muhammad sebagai Ketua atau Leader nombor Satu di dunia, sambil meletakkan Jesus di tempat kedua atau ketiga (kami tidak ingat yang mana satu).


Mengenai ayat 61:6 yang diutarakan. Ia mengandungi kata-kata Nabi Isa kepada kaumnya Bani Israil, yang kemudian akan mengatakan kepada Rasul apabila dia datang kepada mereka, dengan kata-kata "Ini, sihir yang nyata."

Untuk menyenangkan pembaca diturunkan lagi ayat tersebut:

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

Oleh itu, kalaulah Rasul itu Muhammad maka Bani Israil telah mengatakan kepadanya "Ini, sihir yang nyata." Sedangkan Muhammad diutus kepada kaumnya, orang Arab, dan amat benar juga, bahawa baginda diutus kepada tiap-tiap kaum, termasuk Bani Israil. Akan tetapi adakah bukti yang nyata bahawa Bani Israil telah berkata demikian kepada baginda?

Harus difikirkan juga, apabila Isa mengatakan tentang Rasul yang akan datang, adakah dia bermaksud akan datang dalam tempoh lebih 600 tahun lagi?

Sebenarnya pula, kata-kata tersebut telah pun dilempar kepada baginda (walaupun tidak setepatnya), dan ayat-ayat yang menjadi bukti adalah seperti berikut:

6:7. Sekiranya Kami turunkan kepada kamu (Muhammad) sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."
46:8. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku (Muhammad) mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat-sangat tahu apa yang kamu lakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."

Kalau ada orang mengatakan yang berkata demikian (sihir yang nyata) adalah orang-orang Bani Israil, atau termasuk Bani Israil, maka kami tidak ingin memanjangkan lagi isu tersebut dengan berdebat mengenainya. Fikirlah apa yang patut.

Sedia maklum iaitu kata-kata tersebut telah dilempar kepada, boleh dikatakan, semua Rasul Allah apabila mereka mendatangkan bukti-bukti yang jelas daripada-Nya kepada kaum-kaum mereka.


Beralih kepada soalan 2) yang kami dikelirukan, berbunyi "
.. adakah rasul nama Ahmad sesudah Isa..sedangkan sudah disebut dalam ayat 33:40, muhammad khatam an-biya."

Apa? Kerana Muhammad khatam an-biya (penutup Nabi-Nabi) maka tidak ada Rasul namanya dipuji sesudah Isa?

Sedia maklum juga, Nabi Muhammad telah dibangkitkan 600 tahun atau lebih sesudah Nabi Isa, dan bagi setiap Nabi pula telah diadakan Rasul atau Rasul-Rasul yang membantu atau menyusulinya (termasuk selepas Isa dan sebelum Muhammad). Sila lihat firman berkaitan:

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu....

Lantaran itu, tentu terdapat Rasul atau Rasul-Rasul sesudah Isa yang tidak diceritakan Allah di dalam al-Qur'an. Lalu, Rasul yang namanya dipuji itu adalah seorang Rasul sesudah Isa, dan sebelum Muhammad, atau Rasul itu adalah Muhammad, kerana baginda tinggal sesudah Isa.


Sebenarnya, kami tidak suka perbuatan meneka-neka. Apatah lagi apabila tidak ada bukti yang jelas. Bagi kami, kerana banyak timbul persoalan, maka ayat "Ahmad" itu dikategorikan jenis mutasyabihat, yang mampu menimbulkan pertikaian, dan kesesatan.

Mengapa pula saudara Pencinta Tuhan Yg Esa suka perkara seperti itu, sedangkan ayat-ayat Allah yang jelas seperti cara memberi salam yang disuruh-Nya supaya dilakukan tidak dipedulikan pulak?


Terima kasih. Allah disanjung!


9 Jun 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman