Semut & Membaca al-Qur'an
From: syed muhammad
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, June 6, 2013 9:55 PM
Subject: Salam Sejahtera!
Salamun'Alaikum Atuk/Tuan,Atuk sihat? Rasanya dah lama Habib tak menulis dan bertanyakan soalan kepada E-Bacaan.. Jadi berbalik kepada tujuan sebenar Habib menulis pada kali ini. Soalan habib pada kali ini mungkin rakan-rakan "pencinta Al-Quran" kita dan atuk juga pasti akan rasa pelik dan bagi Habib sendiri perkara ini nampak mudah akan tetapi, di sisi dia, kita tidak tahu.
Sebelum-sebelum ini Habib ada menanyakan kepada guru-guru di sekolah, dan mereka mengatakan boleh jika memudaratkan sesuatu perkara itu, dan jika dengan sengaja, maka itu berdosa.
Soalannya adalah:-
1) Habib ada membela 2 ekor "Sugar Glider" dan dapati banyak semut, jadi setiap kali Habib nampak mereka, dengan rasa tak bersalahnya ambil "Roller Tape" dan Rollkan ke atas semut-semut yang berada di sekeliling sangkar haiwan pemeliharaan tersebut. Tambahan pula, di meja komputer Habib juga kadangkala terdapat seekor dua semut yang berlegar-2 di atas keyboard, kemudian Habib lenyekkan semut tersebut dengan menggunakan jari telunjuk. Habib tertarik dengan sepotong ayat Pencipta kita yang berbunyi sebegini.
27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."
Jadi, adakah berdosa jika kita membunuhnya?
2) Bolehkah kita membaca Ayat Al-Quran dalam hati sedangkan orang sekeliling sedang sibuk berbual. Contohnya, dunia kita sekarang berada di dalam zaman moden, telefon bimbit makin canggih, jadi Terjemahan Al-Quran juga boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit kita. Mungkin kurang jelas bagi pembaca mahupun atuk, Habib beri contoh lagi. Sedang di dalam perjalan ingin ke destinasi, di dalam kereta ibu dan adik-adik sedang berbual, dan kita membaca ayat-ayat Al-Quran dengan teliti (75:16) dalam masa yang sama ibu memanggil kita untuk ajak berbual, adakah orang sekeliling kita berdosa kerana mereka tidak tahu bahawa sebenarnya kita sedang membaca Al-Quran semasa kita sedang memegang telefon bimbit sebentar tadi?
Persoalan ini timbul apabila Habib jumpa ayat ini:
7:204. Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.
Habib berharap agar atuk dapat memahami apa yang Habib cuba sampaikan.
Terima kasih.
Salamun
alaikum,
Terima kasih Habib. Semua baik, diharap pihak Habib dan keluarga berlebih lagi. Soalan-soalan Habib juga baik, kerana atas ayat-ayat Allah, dan difahami jua. Kami cuba beri jawapan dengan pendapat kami. Ingat, hanya pendapat, bukan hukum dengan ugutan dosa dan sebagainya, tetapi sekadar untuk difikirkan saja. Allah suka orang-orang berfikir.
Mengenai semut, kalau membunuhnya dikatakan berdosa, maka adakah dengan membiarkan mereka hidup beranak-penak dan menubuhkan satu koloni besar di dapur atau di bahagian lain di dalam rumah kita mendapat pahala pula?
Kami rasa tidak. Kerana mereka boleh mendatangkan mudarat setelah mereka menyentuh makanan kita, atau masuk ke dalam telinga sedang kita tidur. Tambahan pula, tempat kediaman mereka adalah bukan di dalam rumah-rumah kita, tetapi di luar sana, di bawah tanah, yang mungkin baik bagi haiwan lain atau bagi pertumbuhan tumbuhan bumi.
Malah di dalam ayat-ayat dosa kami tidak dapati pembunuhan mereka dikira sebagai pembunuhan yang dilarang.
Mengenai membaca al-Qur'an pula. Bagi kami jawapannya adalah pada ayat itu
sendiri, di mana perkataan dibacakan dan dengarkan menjadi kata
kunci. Justeru, ia bermaksud dibaca kepada orang-orang yang menjadi saranan
sahaja. Misalan, Habib sedang menerangkan
sesuatu kepada orang-orang lain dengan menggunakan ayat-ayat Allah yang Habib
bacakan kepada mereka, atau hanya membacakan ayat-ayat Allah dalam sesi membaca
al-Qur'an bersama keluarga atau sahabat andai - mereka yang harus mendengar
patut dengar serta mendiamkan diri.
Lain pula dengan membaca al-Qur'an seorang diri, yang turut digalakkan Allah, terutama pada waktu malam dan fajar. Tidak mungkin kita harus kejut orang-orang yang sedang tidur ketika itu untuk mendengarkan bacaan kita pada waktu-waktu tersebut! Takut nanti kena baling bantal pulak!
Maka bacalah al-Qur'an seorang diri atau di dalam hati, dan kalau Habib ingin menyampaikan sesuatu, Habib boleh kata kepada orang-orang yang dekat, misalan dengan berkata, "Dengar ni, ayat ni best!" lalu mereka harus mendengarkan dan mendiamkan diri ketika Habib membacakannya. Kalau mereka tidak buat begitu, ketahuilah bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak takut kepada Allah, atau tidak mempedulikan perintah-Nya.
Itu saja pendapat kami. Terima kasih.
Allah disanjung!
9 Jun 2013
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman