Torah Code & Quran Code

 

From: msahib56
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 23, 2013 11:20 AM
Subject: Torah Code


Salamun alaikum,

Sila renungkan ayat-ayat berikut:

6:154. Kemudian Kami memberi Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang yang berbuat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka mempercayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.

7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku beri kamu, dan jadilah daripada orang-orang berterima kasih."

7:145. Dan Kami menuliskan untuknya pada Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu mengambil yang paling baik daripadanya. Aku akan memperlihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.

Adakah ia berkaitan dengan kod-kod yang terdapat dalam Kitab Taurat - apa yang dikatakan sebagai The Torah Code atau di The Bible Code? (Sila rujuk kepada Wikipaedia mengenainya: http://en.wikipedia.org/wiki/Bible_code).

Mungkin, ada yang ragu mengenai perkara ini, tetapi Allah Maha Mengetahui dan telahpun menduganya dengan memaparkan ayat-ayat berikut.

11:110. Dan Kami telah memberi Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

41:45. Dan Kami telah memberi Musa Kitab, lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

Cuba renungkanlah. Mengapakah di antara Nabi-nabi, nama Nabi Musa yang paling banyak tercatat dalam Al Quran (sebanyak 145 kali)? Mungkinkah, ini di antara sebabnya?

Salam.

Allah disanjung.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Sesiapa berminat mengetahui Torah Code sila tekan link di atas. Di wiki juga terdapat Quran Code (http://en.wikipedia.org/wiki/Quran_code) atau kita kenali sebagai Kod 19. Daripada kedua-duanya terdapat fungsi yang berbeza.

Sedikit mengenai Nabi Musa dan Nabi Muhammad, mereka kelihatan sama di dalam ayat di bawah:

73:15. Sesungguhnya Kami utus kepada kamu seorang Rasul sebagai saksi ke atas kamu, sebagaimana Kami utus kepada Firaun seorang Rasul.


Terima kasih.

Allah disanjung!


24 April 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman