Laman Web Dapat Diakses

 

From: janggutputih
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, April 21, 2013 6:28 PM
Subject: Laman web e-bacaan

Salamun'alaikum Tuan...

Sudah lama saya tidak mengunjungi laman web e-bacaan kerana tidak dapat di akses. Hari ini dapat akses semula(mungkin saya yang lambat tahu) ! Syukur, segala puji hanya bagi Allah...

Kepada Allah saya berdoa semoga laman web ini terus dapat diakses tanpa masalah dan berkekalan.

Tiada soalan atau pandangan yang diminta pada emel ini, cuma nak meluahkan berasa gembira . Laman web ini sudah begitu banyak memberikan saya ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap al-Qur'an, bila tidak dapat kunjung rasa sedih pun ada.

Allah disanjung!

Salam.


Salamun alaikum,

Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan saudara. Pertemuan kali ini membuat kami sekelurga amat gembira.

Sejurus selepas mengetahui saudara dapat mengakses laman web, kami menyuruh anak kami mengaksesnya, melalui dua alat lain yang dipakai olehnya dan ibunya (yang setelah diblock mengguna perkhidmatan hidemyass), dan kemudian, dengan pantas dan gembira dia berkata "Boleh ayah!"

Alhamdulillah adalah kata pertama yang disebut.


Sesungguhnya, kami tidak menerima dengan baik tindakan pemblockan, apatah lagi apabila ayat di bawah dilafaz setiap hari sehingga menjadi seperti sumpah:

"Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam." (6:162)

Untuk Allah! Tetapi tiba-tiba ada pula pihak yang menentang, lalu pihak itu harus kami anggap sebagai tidak friendly.


Setakat itu saja. Terima kasih.

Allah disanjung!


22 April 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman