Memancing dengan Bayaran itu Judi?

 

From: Yusri Haneefa
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, April 17, 2013 7:26 AM
Subject: Menang atau kalah
 

Salam, saya ingin bertanya adakah pergi memancing di kolam2 yg mengenakan bayaran di kirakan perjudian, sebab saya sendiri minat memancing dan sanggup membayar dengan harga yg tinggi dalam sesuatu pertandingan, penganjur ada menawarkan hadiah puluhan ribu ringgit kepada pemenang yg dapat ikan terberat, apa pendapat tuan dalam soal yg mcm ini, sekian terima kaseh, salam...

 

Salamun alaikum,

Pendapat kami, memancing adalah suatu aktiviti sport atau sukan, seperti memburu. Bukan judi.

Bayaran yang dikenakan itu adalah kerana bisnes (kalau tiada bayaran maka tiadalah kolam memancing lalu pemancing kena pergi ke sungai atau laut, yang memerlukan perbelanjaan juga), dan diguna untuk pengurusan pertandingan apabila ada pertandingan. Mereka bukan pertaruhan seperti dalam amalan judi. Pertandingan memancing mungkin diadakan untuk menggalak orang ramai supaya terlibat dalam aktiviti yang sihat ini.

Dalam pertandingan (pada zaman ini terdapat sponsor), ada menang dan kalah, dan juga, ada hadiah. Hadiah dapat menarik, bukan sahaja jumlah peserta, tetapi pengail-pengail yang berkemahiran, lantas dapat mempelajari daripada mereka.

Seandainya begitu, maka kami tidak nampak sebarang ciri perjudian dalam kes yang ditanya saudara YH tadi.

Justeru, pergilah ke kolam memancing, dan pertandingannya, dengan membawa kemahiran, peralatan yang baik lagi cukup, dan umpan yang sesuai, kerana kesemua itu mampu menentukan tangkapan yang banyak.

Sebaliknya, kalau tidak dapat seekor ikan pun, ia adalah kerana kesemua mereka (ikan) sudah kenyang!

(Beberapa tajuk Judi dapat dibaca di sini.)


Terima kasih.

Allah disanjung!


19 April 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman