Koma

 

From: ayleen abu bakar
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, April 11, 2013 7:49 PM
Subject: Amalan nenek moyang dahulu kala..

Salam..

Diharapkan tuan berada di dalam keadaan yang sihat2 belaka.

Tuan,saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan jika tidak keberatan boleh la sekiranya tuan  jadikan salah satu topik untuk rujukan mahupun tatapan rakan2 kita di ebacaan.

Apa yang saya ingin warwarkan adalah mengenai 'pendamping' amalan nenek moyang bagi sesetengah orang. lebih mudah disebut adalah saka...mungkin banyak kategori saka..saka keturunan antaranya..

Melalui pengalaman saya terdapat seorang hamba allah ini umurnya sudah menjangkau 84 tahun sudah terlantar dirumah tidak boleh bangun duduk mahupun berdiri dan berjalan. bak kata orang hidupnya umpama 'mayat hidup'. fikirannya jg umpama sudah mati kerana tidak lg mengenali sesiapapun..

Perubatan moden sudah dilakukan namun pihak hospital tidak lagi dapat menerima keadaan beliau. lantas perubatan 'tradisional' menjadi pilihan anak anak beliau. keputusan mengejutkan bagi anak anak kerana sudah 3 dan 4 orang yang cuba mengubatinya berkata perkara yang sama iaitu 'saka keturunan' berada di dalam badan tersebut.
Akibatnya..umpama tidak ada jalan untuk diubati...walaupun anak anak beliau sudah redha sekiranya bapa mereka pergi selama lamanya..
Mengikut cerita pihak yang mengubati pesakit tersebut..pesakit tersebut sudah meninggal dunia..yang ada hanyalah jasad sahaja..yang menakluki badan adalah saka2 belaannya..

Dijadikan kisah antara salah satu saka tersebut telah berpindah kepada salah seorang anak beliau.entah bagaimana si anak terpaksa menerima kerana tidak sanggup melihat keluarga sianak ini sentiasa berada didalam keadaan kurang sihat.katanya saka yang adanya saka yang baik..

Ada juga sesetengah orang yang datang melawat dan bila pulang ada saja 'pengikut' ikut berdamping..

Apa pandangan tuan dengan kejadian seperti ini..
Antara yang ingin saya inginkan pendapat tuan adalah...
Apakah atau bagaimanakah untuk rawatan untuk pesakit tersebut..

Cara bagaimana untuk kita membantu pesakit tersebut memandangkn saya dan suami mengikut alquran..ataupun kita tidak perlu masuk campur urusan mereka...

Andai kata saka keturunan tersebut perlu diturunkan kepada anak anak beliau adakah ianya akan terus berterusan kepada anak cucu cicit akan datang...

Apakah ayat didalam alquran untuk kita dari terkena tempias dari benda benda tersebut..

Maaf sekiranya cerita saya ini terlalu panjang untuk tuan..

Salam..
Ayleen.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman kali ini, yang antara lain, mengandungi permintaan pandangan kami atas kejadian yang diceritakan itu.

Bagi kami, pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Beberapa derianya mungkin sudah mati tetapi ada yang masih hidup, misalan pendengaran.

Justeru, di telinga beliau harus disebut kata-kata yang baik, seperti sayang padanya dan lain. Atau bacakan terjemahan al-Qur'an kerana kebanyakan orang kita tidak tahu bahasa Arab. Pun begitu, kami merasakan bahawa ayat-ayat mengenai Api dan seksaan di dalamnya tidak baik dibacakan kepadanya.

Tentang manusia bersahabat dengan jin memang ada disebut di dalam al-Qur'an. Tetapi makhluk itu akan menimbulkan masalah, menurut-Nya lagi.

Maka jauhilah segala amalan yang melibatkannya, dan juga orang-orang yang mempercayainya, kerana apa yang dipercayai hanyalah kepercayaan sahaja. Dan kepercayaan pula mampu untuk menghantui orang-orang yang mempercayainya.

Akhir kata, kita sudah diingatkan dengan suatu doa yang terletak di hujung al-Qur'an tentang memohon perlindungan daripada bisikan jin dan manusia, berbunyi,

"Aku berlindung pada Pemelihara manusia,
Raja manusia,
Tuhan manusia,
Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap,
Yang membisikkan di dalam dada manusia,
Daripada jin dan manusia." (114:1-6)

Syaitan juga datang daripada golongan jin dan manusia. Apalah gunanya memohon perlindungan Allah sedang kita bersenang duduk bersama mereka?

Sekian pandangan kami. Terima kasih.

Allah disanjung!


13 April 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman