Memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, February 13, 2013 2:57 AM
Subject: PER: 15:90-93


Salam,

Sy tak pasti samada soalan ini pernah ditanya atau tidak, tetapi harap dapat membantu dalam memahaminya.

15:90. Maka Kami turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,
15:91. Yang memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.
15:92. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan tanya mereka kesemuanya.
15:93. Mengenai apa yang mereka buat.



Apa yg dimaksudkan dgn ayat di atas? Siapa yg membahagi-bahagi, iaitu memecahkan Quran kpd bahagian-bahagian?


Salamun alaikum,

Terima kasih. Rasanya soalan itu belum lagi ditanya oleh mana-mana pihak, dan kami belum lagi memberi pendapat mengenainya di laman web ini.

Dimulakan dengan menyebut mengenai orang-orang yang dikatakan Allah "diberi sebahagian al-Kitab" seperti disebut ayat-ayat berikut:

3:23. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka palingkan.

4:51. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.

4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada jalan?


Pada hemat kami, mereka diberi hanya sebahagian al-Kitab kerana mereka ingin mengikuti hanya sebahagian daripadanya sahaja (dan mengatakan itulah ajaran Islam sebenar). Kalau mereka ingin mengikuti keseluruhannya tentu Allah beri keseluruhan al-Kitab lalu mereka ikut keseluruhannya.

Tanda bagi orang-orang yang telah diberi Allah hanya sebahagian al-Kitab (dengan mengambil iktibar daripada tiga ayat di atas) adalah:


Agak sama persamaannya bagi orang-orang yang "memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian" lalu Allah hanya turunkan kepada mereka bahagian-bahagian, atau pecahan-pecahan Kitab saja, yang mereka ingin ikut - mungkin beberapa ayat, atau atau beberapa surah yang diturunkan Allah kepada mereka. Yang lain mereka tidak tahu, kerana tidak diturunkan kepada mereka.

Mereka, seperti golongan pertama disebut, terdiri daripada orang-orang sudah berlalu, orang-orang masa kini, dan orang-orang yang akan datang. Bagi kesemua mereka, adalah dirasakan tidak perlu diberi contoh di sini, kerana sudah sedia maklum.


Maka al-Qur'an tidak diambil sebahagian daripadanya saja, atau dipecah-pecahkan, misalan surah Yaasin sahaja. Kesemua petunjuk atau perintah di dalamnya adalah satu dalam ketundukan kepada Allah, Pemelihara semua alam.


Dan, bagi orang-orang yang tidak memecahkannya pula harus berterus-terang (dengan kesemua perintah) iaitu merupakan salah satu daripada perintah-Nya, yang terdapat pada ayat-ayat menyusuli ayat-ayat diturunkan sahabat sipekan di atas, berbunyi,

15:94. Maka berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintah, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
15:95. Kami adalah mencukupi bagi kamu terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan,
15:96. Orang-orang yang adakan berserta Allah tuhan lain. Sungguh mereka akan tahu.

Supaya tidak menjadi macam orang-orang yang "memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian" yang sekutukan Allah, dan memperolok-olokkan ayat-ayat-Nya. Demikianlah itu adalah antara dua tanda atau sifat yang ada pada mereka.


Allah disanjung!


15 Februari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman