Sembunyikan Iman

 

From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, January 8, 2013 12:04 AM
Subject: Re:

Salamun alaikum Tuan,

Semoga tuan dan keluarga sihat sejahtera. Lama tidak menulis. Hari ini entah kenapa rasa nak menulis pulak apabila terbaca sepotong ayat berikut.

"40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta."

Dari ayat diatas saya ingin kaitkan dengan pengalaman saya, pada satu hari semasa didalam perjalanan di lebuhraya, seorang sahabat saya telah mengajak saya untuk singgah solat zohor di perhentian rehat (RnR) pada mulanya saya agak keberatan untuk 'join' beliau tetapi untuk sebagai menjaga hatinya dan mengelakkan fikiran yang bukan2 dikepalanya, maka saya pun turuti dan melakukan solat tersebut bersamanya.

Begitu juga dengan satu lagi pengalaman ditaman tempat saya tinggal, satu majlis membaca yassin juga telah diadakan disalah satu rumah penduduk disitu, untuk mengelakkan dari dituduh tidak bercampur masyarakat maka saya pun 'join' jugak acara tersebut.

Saya berpendapat, adalah tidak salah sekiranya saya melakukkan perkara2 yang disebut diatas.... sebab peristiwa menyembunyikan keimanan ada disebut oleh Allah di dalam ayat 40:28 diatas. Asalkan, perbuatan2 dan ucapan2 kita tidak menyengutukan Allah.

Apa pandangan Tuan dan rakan2 lain?

Sekian. Allah disanjung!


Salamun alaikum,

Terima kasih atas perkongsian pengalaman dalam menyembunyikan keimanan, seperti dituruti ayat tersebut (40:28).

Iman disembunyikan ketika bersolat zohor dengan rakan yang mengajak, dan ketika bersama berada dalam majlis membaca yassin (untuk orang mati) "untuk mengelakkan dari dituduh tidak bercampur masyarakat". Perbuatan-perbuatan itu dilakukan atas pendapat mereka tidak salah, kerana tidak menyekutukan Allah.

Demikianlah kami faham daripada isi emel di atas. Seterusnya, kami menyatakan bahawa pendapat sahabat dihormati, apatah lagi bila menyedari sahabat bukan seorang yang baru dalam dunia ber-Qur'an. Tambahan pula, kami amat faham tentang remeh-temeh seperti ini.


Orang mukmin yang sembunyikan imannya itu turut menarik hati kami. Beliau sembunyikan imannya daripada Firaun, yang tentu akan membunuhnya bila dia (Firaun) tahu.

Namun, beliau tidak sembunyikannya selama-lamanya. Mungkin tidak lama selepas dia beriman, jika beliau mempercayai Nabi Musa, yang baru balik.

Beliau mula bersuara apabila mendapati seseorang (Nabi Musa) dijatuhkan hukuman bunuh oleh Firaun kerana baginda berkata, "Pemeliharaku ialah Allah". Bukan Firaun. Firman-Nya,

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya, tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

Lalu satu debat bermula.

40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku hanya lihatkan kepada kamu apa yang aku lihatkan; aku hanya beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."

40:30. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.

Dia tahu tentang cerita Nabi Nuh, kaum Ad dan kaum Tsamud. Amaran seterusnya:

40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil,

40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tidak ada baginya yang beri petunjuk.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

Orang ini amat berpengetahuan.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikian Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

Debat bersambung,

40:36. Firaun berkata, "Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali,

40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanya dalam kebinasaan.

 40:38. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.

 40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil.

 Dia menyuruh supaya dunia dibelakangkan.

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru aku ke Api?

Kaumnya menyeru agar beliau tidak percaya kepada Allah, dan sekutukan-Nya dengan apa yang beliau tiada pengetahuan.

40:42. Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.

 40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.

40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata kepada kamu. Aku serahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya."

40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,

Selamat daripada Firaun!


Sampai bilakah keimanan harus disembunyikan? Sekadar bertanya sahaja, sekali gus menamatkan coretan di sini.


Allah disanjung!
 

27 Januari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman