Ayat 13:31
From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, December 20, 2012 12:34 AM
Subject: Maksud ayat 13:31
Salam sdr,Boleh bantu sy memahami maksud ayat di bawah?
13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapatberkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya mengetahui bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia memberi petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka mengerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu.
Apa yg hendak disampaikan oleh Allah dgn,
"Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapatberkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya."
Terima kasih dan Salam.
Salamun
alaikum,
Kalaulah (pembacaan) al-Qur'an boleh buat gunung-gunung berjalan, boleh belah bumi, atau boleh buat orang-orang mati bercakap, tentu mereka akan percaya kepadanya.
Akan tetapi tidak, Allah tidak akan buat al-Qur'an berkuasa seperti itu, walaupun segala urusan adalah di Tangan-Nya, atau walaupun Dia mampu buat al-Qur'an mempunyai kuasa seperti mereka (orang-orang tidak percaya) hendaki.
Sekian pendapat kami. Terima kasih kepada sahabat sipekan kerana bertanya mengenainya, lalu kami hulurkan pendapat yang tidak sepertinya itu.
Pendapat tersebut turut dipengaruhi ayat yang sebelum diutarakan di atas, berbunyi,
13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah.
Izinkan kami sambung lagi untuk sentuh sedikit mengenai perkara-perkara yang
telah disebut.
Sebenarnya, Allah memang buat gunung-gunung bergerak atau berjalan. Ini telah dibuktikan oleh para saintis setelah membezakan kedudukan sesetengah gunung dalam survey hari ini dengan yang telah dibuat lebih seabad lalu. Kedudukannya didapati berubah seolah gunung itu sudah berjalan.
Namun, kami tidak dapat membuktikannya kerana pengetahuan hanya didapati ketika menonton saluran Discovery atau NatGeo. Kami tidak ingat yang mana satu sebab sudah lama berlaku. Maaf.
Ayat yang menunjukkan gunung-gunung berjalan atau bergerak ialah:
27:88. Dan kamu lihat gunung-gunung yang kamu sangka tidak bergerak, melalui seperti awan-awan melalui - hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala sesuatu dengan sangat baik.
Apapun, gunung-gunung pasti akan dijalankan sejurus sebelum Kiamat, menurut sebuah firman berbunyi,
18:47. Dan pada hari Kami menjalankan gunung-gunung, dan kamu lihat bumi menjadi rata, dan Kami kumpul mereka, lalu Kami tidak tinggalkan sebanyak seorang pun antara mereka di belakang.
Tentang membelah bumi, kita mengetahuinya dengan adanya kejadian gempa bumi,
yang selalu berlaku.
Dan yang akhir, iaitu orang mati dapat bercakap. Bukan sahaja dapat bercakap
malah dapat sambung kehidupannya, telah juga dilakukan Allah. Demikianlah dapat
difahamkan daripada cerita Nabi Isa yang telah menghidupkan orang mati, sebagai
salah satu mukjizat baginya.
3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
Yang menarik di sini ialah bahawa kesemuanya berlaku bukan kerana pembacaan ayat
al-Kitab ke atas mereka. Al-Kitab tidak mengajar sihir.
Terima kasih.
Allah disanjung!
21 Dis 2012
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman