Talak dan Zihar

 

From: doddy.trismawan
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, November 26, 2012 1:02 PM
Subject:

Salamun alaikum,

semoga pengurus laman dalam keadaan sehat selalu,

sedikit yang mau saya tanyakan mengenai talak/menzihar, pada surat 58:3
Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah sedar apa yang kamu buat

didalam ayat tersebut apakah berlaku apabila pihak suami sudah menyatakan talak 2 kepada istri mereka ? bagaimana kalau talak 1 apakah berlaku juga untuk memerdekakan seorang hamba ? dan bagaimana dengan sebaliknya sang istri menyatakan talak 1 atau 2 terhadap suami apakah berlaku juga untuk memerdekakan seorang hamba ?

mohon maaf apabila terdapat kekeliruan,

salam,


Salamun alaikum,

Mudah-mudahan sihat selalu. Terima kasih.

Pertanyaan diterima dengan baik. Namun, di dalamnya terdapat kekeliruan, iaitu mengenai erti talak dan zihar. Kekeliruan dikesan pada kata-kata "pihak suami sudah menyatakan talak 2 kepada istri mereka".

Tajuk talak sudah dibincang, sila klik di sini. Talak adalah bukan dengan si suami menyatakan "Aku ceraikan engkau dengan talak dua", atau "dengan talak satu". Dan dalam perceraian tidak terdapat sebarang denda seperti memerdekakan seorang hamba.

Denda seperti itu dikenakan dalam kes menzihar isteri sahaja. Dan perbuatan menzihar, pada hemat kami, adalah bukan talak atau perceraian, tetapi hanya satu larangan daripada menyentuh satu sama lain sehingga denda dibayar.

Denda dibayar, atas "ucapan yang mungkar, dan dusta" (58:2), apabila mereka bercadang untuk kembali menyentuh satu sama lain, dengan si suami menarik balik ucapan yang melampau itu.

Tindakan menarik balik, kerana menyesal misalannya, mungkin dilakukan seminggu selepas menzihar isteri, dan setelah denda ditunaikan, mereka berdua boleh menyambung sentuhan yang dilarang, dalam tempoh yang singkat. Tidak seperti dalam kes perceraian, apabila mereka tidak bersentuhan antara satu sama lain selama empat bulan, sebelum dibuat keputusan untuk memisahkan mereka dalam perceraian.

Sila lihat ayat-ayat "menzihar":

33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.

58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun. 

58:3. Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan merdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan; dan Allah sedar apa kamu buat.

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya. Itu had-had (hudud) Allah; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.

Ayat-ayat tidak menampakkan perkataan atau unsur cerai dengan jelas, mahupun syarat-syarat lain yang berkaitan dengan perceraian suami isteri seperti yang sudah diperingatkan-Nya.

Demikianlah keadaan sebenar mengenai talak dan menzihar isteri. Justeru, kami dapati sukar menjawab keseluruhan pertanyaan di atas. Maaf.

Allah disanjung!


27 Nov 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman