Tudung Kepala, Kambing & Ruang Komen

 

From: zakefli
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, October 18, 2012 1:45 PM
Subject: Tudung@Hijab lagi Dan Kambing...


Salamun alaikum,

Saya jarang menulis di Laman E-Bacaan ini, kerana saya lebih suka membaca dan memahami! Namun kali ini saya hanya ingin berkongsi satu peristiwa yang baru dialami olih kakak (kakitangan awam) saya minggu lepas yang baru menghadiri satu bengkel wajib untuk kakitangan.

Kami satu keluarga (yang perempuan) sememangnya tidak pernah memakai tudung lagi sejak 7 tahun yang lepas. Ini adalah kerana kami ketika itu telah mulai sedari apa itu 'aurat sebenar'... Sedangkan kami sekeluarga adalah dari golongan yang patuh kepada apa yang halal dan haram. Sememangnya kami sekeluarga telah dianggap sesat dan ada saudara
mara dan sahabat yang mula memulaukan kami! Allah Disanjung! Sedang kami diperlakukan sebegitu rupa, dengan izinNya, saya ketemui Laman E-Bacaan ini. Syukur Alhamdulillah! Menguatkan lagi keyakinan kami dari hal tudung kepala dan aurat ini.

Kembali semula kisah kakak yang pergi menghadiri bengkel tadi. Kakak seorang sahaja perempuan yang tidak bertudung. Kakak disindir tatkala seorang Ustaz beri ceramahnya. Seolah Islam itu hanya berkaitan dengan tudung kepala perempuan sahaja!.

Antara ceramah dan cerita Ustaz yang amat arif apa yang berlaku ialah dari hal musibah Tsunami di Aceh pada 26hb Dis 2004. Beliau dengan yakin menghuraikan kisah Tsunami itu. Kata Ustaz itu ombak besar pertama datang ambil orang-orang beriman. Buktinya, semua mayat yang ditemui lengkap berpakaian, manakala ombak kedua datang dengan ganas ambil semua wanita-wanita yang tidak bertudung!!!... Buktinya, semua mayat wanita yang ditemui, bogel belaka! Dan dengan bangganya pula, Ustaz ini ceritakan dari hal rezekinya yang mencurah-curah. Anak perempuannya seorang penyanyi, tetapi bertudung dan pendapatannya ratusan ribu ringgit. Isterinya pula hanya nampak dua biji mata sahaja, jadi tak perlulah ditunjukkan gambar isterinya itu...(tetapi gambar anak yang penyanyi tadi di promosikan)

Ceramah dihari kedua Ustaz itu pula, juga berkisar dari hal tudung kepala. Beliau sudah mencipta satu hukum atau lebih tepat lagi fatwa, bahawa haram membeli barang-barang terutamanya dari wanita-wanita yang tidak bertudung, kerana mana-mana wanita yang tidak 'menutup aurat' lebih tepat dari persepsi Ustaz itu wanita yang tidak bertudung kepala adalah sama taraf mereka dengan KAMBING...' ....Seperti biasa para peserta menjeling kearah kakak saya dengan senyum sinis!

Sekian. Harap maaf kepada semua kerana saya tidak pandai menulis seperti yang lain diruangan ini, terutamanya Cik/Puan Sari Nande yang amat saya minati tulisannya.

Allah DiSanjung!
18/10/2012

--
Za Rani


Salamun alaikum,

Pujian kepada Allah didahulukan, sebelum memuji ZR atas ketabahan ketika disindir para hamba agama yang selain daripada agama-Nya. Sesungguhnya tudung kepala adalah suatu yang diadakan, dan dijadikan pula sebagai tanda keimanan dalam agama mereka. Ini amat diketahui oleh ZR ketika beliau berdiri teguh atas keimanan terhadap tudung kepala yang tidak disuruh Tuhannya.

Bercakap tentang Sari Nande, emel beliau didapati berada pulak bersama emel ZR apabila kami bukak peti surat petang tadi. Beliau tampil membawa satu cadangan yang dapat difahamkan daripada emelnya di bawah ini:


From: Sari Nande
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, October 18, 2012 2:38 PM
Subject: Hi!

Salammun alaikum,

Senang hati ‘melihat’ Tuan sihat adanya.

Terima kasih atas format baru. Keep-up the good work!

Saya sdg merancang menulis satu artikel lagi. Tapi tak boleh janji bila akan siap.

Rinduuu sangat nak dengar cerita drp sdr2 yg lain.

Kadang2 saya terfikir, bagaimana jika diadakan ruang komen utk setiap artikel yg ditulis. Setiap komen dipantau sama ada boleh dipapar atau kiv.
I know it will take up some of your time <maaf, dipadam PL pulak>. Tapi saya yakin ramai yg ‘rajin’ beri pendapat kerana ia pendek, ringkas dan spur of the moment thinking. Selain Tuan PL, penulis juga boleh menjawab. Maaf jika saya apa yg minta berlebihan.

Just my ywo cents.

Salam utk Tuan sekeluarga.
T
ake care and have a nice day!


Sebenarnya kami ada terima beberapa karangan sejak kebelakangan ini, tapi di KIV-kan, kerana antaranya ada yang dilekatkan fail-fail grafik tulisan Arab berserta tejemahannya sekali (lalu jadi besar), mungkin dengan tanpa mengetahui pendirian kami terhadap teks tersebut, sementara ada pula yang menulisnya semacam SMS, dan lain, iaitu antara kandungannya yang harus kami tanya sebelum diterbitkan. Tetapi kami tidak tanya, atau belum tanya lagi, sebab sibuk dengan kerja-kerja mengemaskini keseluruhan seribu lebih halaman yang berada di laman web, termasuk ayat-ayat kandungan Bacaan yang dipadam imbuhan pada beberapa perkataan.

Setakat ini saja buat kali ini. Harap dapat beri sedikit saat untuk renungkan cadangan SN tadi.

Terima kasih.

Allah disanjung!

19 Okt 2012


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman