Puasa: Satu Renungan

 

From: Muhd Shukri
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, October 1, 2012 11:48 PM
Subject: Puasa ( satu renungan )

Salamun alaikum

PUASA ( SATU RENUNGAN ) -- KHAS UTK ADIK-ADIKKU

Bulan ramadan di nanti dan di rindui oleh segolongan manusia . Tapi tidak bagi diriku. Bulan ramadan sangat tidak di sukai dan kalau boleh diri ini menolak untuk berpuasa.Tidak makan dan minum satu penyiksaan yg menyakitkan.

Aku tidak boleh berbohong pd diri sendiri dan mengakui akan hakikat ini.

Wahai Pemelihara diriku mengapa engkau kitabkan bagi kami berpuasa sedangkan ianya tdk datangkan apa2 kebaikan pd diri kami selain penderitaan sepanjang hari.

Suatu ketika secara tiba2 aku merasai dahaga yg teramat sangat tidak tertanggung rasanya. Belum pernah diriku sedahaga ini. Mengapa terjadi begini aku mencari2 jawapannya. Rupa2nya itulah petunjuk Allah keatas rungutan aku sebelum ini. Terima kasih Allah di atas petunjukMu yg menyedarkan akan daku akan azab2 dikau di akhirat nanti . Begitulah kehendak Nya dan aku mengerti sekarang mengapa puasa di tentukan utk orang2 yg percaya.

Rupa2nya puasa adalah manifestasi azab2 yg bakal dirasai oleh penghuni2 neraka . Lapar dan dahaga hanya sebhg kecil shj dari azab2 yg lebih besar. Apakah kita berani menghadapi neraka Allah yang mengandungi berbagai azab dan yg bersifat abadi ? Dengan merasai sendiri azab puasa dpt menanam ketakutan dalam diri seseorang untuk tidak lakukan maksiat kpd Allah.

2 :183. Wahai orang-orang yang percaya , dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu , supaya kamu bertakwa .

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

Allah di sanjung ! Puji-pujian untuk Allah tuhan semua alam .


Salamun alaikum,

Terima kasih dan Syabas! Kita akan mendengar lagi denyutan Peringatan daripadanya, dengan izin Allah.

Allah disanjung!


2 Oktober 2012


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman