Tarikh mula Ramadan - Respon

 

From: anonymous II
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, July 18, 2012 1:33 PM
Subject:
Tarikh mula Ramadan


Salam, daripada post hari ini saya dah faham bahawa puasa bermula bila new moon muncul dan 19July ini new moon muncul jadi puasa bermula 19July. walaubagaimanapun, link yang pakcik bagi  http://www.weathercity.com/my/kuala_lumpur/ hanya menunjukkan "tarikh" new moon dan tiada tertulis "waktu"nya bila.

Tetapi, kalau kita tgk dekat link ni  http://www.timeanddate.com/calendar/moonphases.html dan byk lagi web yg bagi detail. New moon adalah pada tarikh 19July dan "waktu" new moon muncul adalah pada pukul "12:25pm".

Soalan saya, adakah "waktu" ini tidak diambil kira? 

Mengikut pemahaman saya yg sedikit tntg subjek ini, kalau new moon muncul pada 12:25pm, ini bermakna waktu sebelum itu adalah masih bulan sya'ban dan ramadan hanya bermula selepas 12:25pm. Jadi kita berpuasa selepas fajar keesokan hari? Adakah betul pemahaman saya ni?

Jika salah tolong terangkan, saya masih baru membaca tentang subjek ni. 

 

Salamun alaikum,

Pertanyaan dikemukakan setelah beliau dapati daripada fatwa "Masjid Tucson" bahawa oleh kerana bulan baru bermula pada pukul 12.25 tengahari 19 Julai (untuk Kuala Lumpur) maka hari pertama Ramadan jatuh pada keesokan harinya iaitu 20 Julai.

Lalu kami bertanya pula, jika pada waktu dan tarikh yang sama beliau dilahirkan, adakah tarikh lahirnya 20 Julai? Beliau menjawab "Tidak". Tarikh lahirnya, menurut beliau, ialah 19 Julai (dengan tidak ambil kira waktu tetapi hanya harinya sahaja).

Adalah difahamkan daripada kalendar lunar dua kaum lain yang utama di negara ini bahawa bulan baru jatuh pada 19 Julai juga. Mereka rasa hairan mengapa pula Puasa bermula pada 21 Julai!

Sekadar renungan sahaja.

Allah disanjung!


19 Julai 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila anda dilahirkan pada waktu itu, adakah anda dikira dilahrikan pada 20 July?