E-Bacaan DiHadang II dan Respon
Salamun alaikum,
Bagi orang yang sudah
tahu, mereka tahu bagaimana mengakses laman web yang sedang diblock. Bagi yang tidak tahu,
atau baru tahu tentang kewujudan laman web ini, misalan setelah terserampak atau
diberitahu, mereka agak malang, kerana dihalang daripada amalan membaca, sedangkan
amalan itu adalah Islamik.
Walaupun pemblockan didapati tidak menyeluruh kerana melalui sesetengah DNS e-bacaan.com dapat diakses, namun perbuatannya tidak diingini, tidak Quranik, kerana menghalangi manusia daripada mendengar semua pendapat.
Justeru, pihak-pihak tertentu harus dimaklumkan, dan diperingatkan. Lalu sepucuk emel dikirim kepada mereka pada hari Thursday, June 21, 2012 5:33 AM dengan Subject: Pemblockan Laman Web. Ia diturunkan di bawah tetapi beberapa bahagian kandungan dipadam atas sebab kebaikan:
<dipadam>Mohon maaf atas pencerobohan ini yang hanya bertujuan memohon pertimbangan jasa baik <dipadam> atas pemblockan laman web E-Bacaan.
Laman web itu adalah non-political, dan semata-mata mengenai al-Qur’an. Tidak juga berpihak kepada mana-mana Mazhab, tetapi hanya kepada ayat-ayat Allah. Ramai yang sudah dimanfaatkannya, ramai yang sudah membaca serta memahami kandungan al-Qur’an.
Sila layari halaman utama www.e-bacaan.com/index.html untuk melihat sendiri niat sebenar laman web itu ditubuhkan.
Ia tidak pernah dihalang seperti ini, cuma dengan kejahatan suntikan worm beberapa tahun lalu.
Soalnya bukan sesat, atau buat kerosakan di bumi, iaitu tuduhan yang boleh dilempar kepada mana-mana pihak, yang berkuasa mahupun yang tidak.
Soal utama ialah amalan membaca, yang tidak harus disekat daripada jadi luas atau lebih luas.
Ramai yang didukacitakan dengan pemblockan web termasuk beberapa pusat pengajian yang meletakkan link terjemahan al-Qur’an, Bacaan, di laman web mereka.
<dipadam>
Sebelum berundur izinkan saya sampaikan dua ayat al-Qur’an berkaitan, yang menakutkan saya:
“Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.” (18:55) dan,
“Hai, kamu ini; kamu diseru untuk nafkahkan di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa kikir, dia kikir hanya terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya, kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.” (47:38)
Terima kasih.sk:
<dipadam>
Penyaksian ke atas kiriman di atas telah juga dilakukan.
Mereka terdiri daripada beberapa orang
sahabat yang telah beri respon sebelum ini. Antara mereka membalas
dengan pantas, dan ada pula yang menyelitkan kata-kata memberangsangkan, seperti
dapat dilihat di bawah:
From: xxxxxxxxxxx@gmail.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, June 22, 2012 7:23 PM
Subject: Re: For your eyes & xxxxxx only
salam,Saya beri 100 kali thumb "like" utk artikle terbaik ini.
Sesungguhnya pada kesukaran ada kemudahan.
94:5. Maka sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah,
94:6. Sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah.
Allah Disanjung!
From: xxx_xxxxx@yahoo.com.my>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, June 22, 2012 11:52 PM
Subject: Re: for your eyes onlySalam,
Terima kasih. Saya turut sama berharap agar pihak yang bertanggung jawab dapat pertimbangkan semula tindakan yang telah diambil. Semoga dikurniakan kelurusan dalam urusan tuan.
Allah disanjung!
From: xxxxxxxxxxxx@yahoo.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, June 23, 2012 4:59 AM
Subject: Re: for your eyes onlysalamun alaikum tuan,
saya amat menghargai surat tuan kepada pihak <dipadam>. semoga mereka ambil perhatian.
Allah Disanjung!
From: xxxxx_xxxx@yahoo.com>
Date: 2012/6/23
Subject: Re: Pemblockan Laman Web
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>Salam,
Terima kasih atas emel Tuan.
Tiga hari internet saya mengalami kerosakan. Setelah puas sabar, do this do that mengikut arahan mereka, petang tadi sabar saya hilang. Tidak sampai satu jam selepas itu, technician sampai. Dalam masa lima minit semua ok kembali.
Saya terus buka ebacaan. Tak boleh ekses! Nak username dan password bagai. Alahamdulillah, 'hidemyass' worked. But have to go thru the process every time bcos clicking the 'bookmark' does not work.
Tuan, ramai manusia takut menghadapi kebenaran. They prefer to have the benefits of the doubts. To live life in their comfort zone. To be the follower instead of leading. Kikir dgn tanggungjawab. Kikir dgn ilmu walau pun untuk kepentingan diri sendiri, asal tidak menyusahkan. Biarlah menyusahkan orang lain. I'm so sad.
Saya dapat mengagak apa sebenarnya yang mereka takutkan dengan ebacaan. Pesepsi yang tidak berasas inilah yang buat mereka bertindak membabi buta.
Sama-samalah kita memohon kepada Ilahi agar kita berjaya mengatasi ujian ini.
Syabas, teruskan perjuangan. Terima kasih.
Pemblockan di atas disedar pada hari Ahad 10 Jun, waktu malam. Sepuluh hari kemudian, laman web dikhianati lagi (oleh pihak lain pula). Kali ini pengetahuan mengenainya diberitahu oleh seorang sahabat:
From: sulaimansabikan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, June 20, 2012 9:52 PM
Subject: Tor Tor Attach
Salam.Saya sedari website ebacaan jadi mangsa serangan siber pada 20 JUN 2012, selepas jam 7.30 malam. Semua kandungannya telah dipadam atau dipindah.
Saya sedih.
Inilah gangguan.
Harap pihak saudara, terus sabar dengan gangguan2 sebegini dan juga sebegitu tempoh hari. Mudahan, proses pembaikannya dapat dilakukan dengan jayanya.
Fokus hanya kepada Allah.
Sekian, makluman saya sebagai saksi, dan sebagai tanda sokongan kepada usaha saudara.
Terima kasih.
Terima kasih. Serangan dilakukan atas Cultural Heritage, seperti dapat difahamkan daripada golongan tersebut. Sedangkan kami hanya sampaikan ayat-ayat Allah. Kelihatan seolah mereka memijak Allah dengan Culture. Diharap mereka memohon ampun kepada-Nya atas kesilapan yang tidak sengaja, selepas menarik balik apa yang telah dipaparkan di laman web kami. (Sila lihat juga di sini.)
Pertolongan Allah tentu sekali dimohon, supaya ayat-ayat-Nya dapat disebar tanpa
sebarang sekatan, dan rakyat menikmati sepenuhnya cahaya agama-Nya.
Diakhiri dengan dua ayat mengenai pertolongan Allah, iaitu ayat-ayat pertama dan terakhir mengandungi perkataan pertolongan di dalam al-Qur'an, yang kelihatan berkaitan antara satu sama lain:
1:5. Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan.
110:1. Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan,
110:2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan,
Allah disanjung!
25 Jun 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman