E-Bacaan DiHadang & Respon (2)
Salamun alaikum,
Terus menerima respon kepada emel pemberitahuan tentang e-bacaan diblock dan cara mengatasi dengan hidemyass (bahasa orang putih). Selain ucapkan terima kasih, atau beritahu tiada masalah mengakses, respon turut mengandungi beberapa perkara lain yang berkaitan, antaranya diturunkan di bawah ini:
From: guruhalamjiwa
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, June 14, 2012 1:03 PM
Subject: Re:Salam
Selama ini saya boleh akses dari handphone... bermula semalam tidak boleh... menggunakan pc masih boleh.... cuma saya menggunakan translate this page untuk membacanya.... untuk membuka secara terus tidak boleh..... terima kaseh atas info.
Allah disanjung
---
From: rievanr
To: "e_bacaan@yahoo com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, June 14, 2012 8:24 PM
Subject: block?Salamunalaikum
Terima kasih atas link yg diberikan, saya heran ape pasal ada orang yg mau block website ini? celake punya orang! keterlaluan! moga Allah beri petunjuk yg benar pada orang yg berpikiran sempit kayak orang yg mau memblock website ini, , tapi alhamdullilah lah saya bisa access pakai mobile phone, jarang juga pakai punya office kadang kena surf control proxy, moga Allah selalu melindungi kita semua dan beri jalan petujuk walaupun dan apapun rintangan yg sengaja orang menghadang kita...
Salam
Allah disanjung!
---
From: maelsure
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, June 15, 2012 9:29 AM
Subject: Re:Salam,
ya, hari ini saya cuba untuk membuka seperti biasa memang tidak boleh, tetapi setelah mengikut cara yang Tuan beri Alhamdulillah saya dapat membukanya,
Terima Kaseh,
Salamunalaikum.---
From: Sari Nande
Date: 2012/6/15
Subject: Re:
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>Salamun alaikum,
Semoga Tuan sekeluarga sihat sejahtera.
Terima kasih atas ingatan & peringatan.
Wifi mmg menghadapi kelambatan sejak Ahad. Biasanya sy buka email jika ada notification. Tp beberapa hari ini 'no new email'. Posting baru Tuan mbuat saya membuka email. Terdapat 97 email baru, termasuk 2 dari Tuan, dan juga Spam & Trash. Mungkin juga performance laptop sy sudah seuzur tuannya, tp semangat tetap kuat. Insya-Allah
Mmg habit saya click ebacaan pd 'bookmark' banyak kali dalam sehari. Setakat ini tiada masalah. Alhamdulillah.
Jika ada cubaan khianati, sy percaya, Allah akan sentiasa melindungi orang2 yang mencintai Allah dengan lebih cinta.
Allah disanjung!
Terima kasih.
---
From: zamdin74
To: bacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, June 16, 2012 3:11 PM
Subject: RE:Salam,
Berjaya membukanya, saya akan tunjukkan caranya kepada sahabat saya Siti <dipadam>. T/kasih.
---
Antara yang menggembirakan kami daripada beberapa respon yang lalu dan hari ini ialah apabila melihat kegunaan beberapa mesej daripada ayat-ayat Allah dengan tepat, padan dengan situasi, sambil dapat merasakan kepercayaan dan keyakinan yang jati daripada sahabat-sahabat terhadap ayat-ayat-Nya. Atas itu kita semua bersyukur.
Berbeza dengan orang-orang yang mengkhianti. Perbuatan itu hanya menunjukkan mereka tidak yakin akan kepercayaan mereka, dan juga tidak yakin bahawa ayat-ayat Allah mampu membawa mereka kepada kemenangan di akhirat, di samping kemenangan di dunia yang mereka sangat idamkan.
Turut difahamkan, beberapa tempat misalan di pejabat, di mana laman web masih diblock. Sehubungan itu, kami bersetuju bahawa masa di pejabat tidak harus dihabiskan dengan berborak mengenai e-bacaan, atau mengarang atau menulis kepada Pengurus Laman.
Akan tetapi, kami merasakan tidak berdosa jika ia diguna sebagai rujukan, seperti di sebuah pusat pengajian yang didapati meletak link Bacaan dalam senarai terjemahan al-Qur'annya. Dengan kehadiran Furqan, suasana kerja atau pengajian, tentu akan jadi lebih sejahtera lagi, dengan izin-Nya.
Allah disanjung!
18 Jun 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman