E-Bacaan DiHadang & Respon
Salamun alaikum,
Mula menghadapi kesukaran mengakses laman web pada hari Ahad malam (10 Jun). Awal pagi keesokan harinya kami menerima satu SMS daripada seorang sahabat yang lama tidak berhubungan, bertanyakan tentang masalah tersebut, dan menerusi SMS lain beliau menyatakan keyakinan bahawa laman web sudah diblock, dan kemudian menunjukkan jalan untuk mengatasinya. Pada waktu yang sama kami menghubungi (dan dihubungi) beberapa orang sahabat yang tinggal dekat dan jauh, dan mereka juga menyatakan mengalami kesukaran yang sama.
Setelah agak pasti akan pengkhianatan telah berlaku, satu emel pemberitahuan dikirim kepada segolongan sahabat E-Bacaan yang alamat mereka mudah dipetik. Antara mereka menjawab dengan pantas, ucapkan terima kasih, dan ada yang menyatakan tidak disentuh kejahatan berkenaan, dan ada pula yang memanjangkan sedikit jawapan mereka, seperti diturunkan di bawah ini:
From: oniesaifura
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 12, 2012 3:18 PM
Subject: Re:
Salam,Alhamdulillah... Sekarang sudah boleh.
Mereka tidak dapat sesekali memadam cahaya Allah!
Allah disanjung!
From: jasrisal
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 12, 2012 5:00 PM
Subject: Re:
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
Salammun Alaikum,Alhamdullilah. Bukan totally block web e-bacaan ni. Di office masih lagi bole buka mcm biasa. Cuma mcm ade yg spam sebab kerap busy address ni esspecially kalo di rumah (malam).
Belum dapat cuba lagi free proxy web yg di cadangkan, sbb firewall di office skrg ni block such free proxy web site. Nanti malam akan cuba.
Mereka sangka muslihat mereka sudah hebat, mereka tidak tahu muslihat Allah lagi hebat. Semoga Allah permudahkan jalan kita.
By the way, semua kitab2 telah sampai dengan baik. Thanks.
Jasri
From: emi_samad
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 12, 2012 7:16 PM
Subject: Re:
Salam,Terima kasih atas makluman. Saya sudah syak pada mulanya, tetapi hanya berpendapat ia adalah perbuatan dari pihak tuan sendiri atas sebab tertentu. Alhamdulillah, saya sudah pun mengetahui jalan yg tuan tunjukkan. Terima kasih sekali lagi atas keperihatinan tuan terhadap pengunjung laman.
Allah disanjung!
From: msahib56
To: 'Pengurus Laman' <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 12, 2012 10:06 PM
Subject: RE: guest house
Salam,Thanks.
Though they plot and scheme, Allah is the Best Plotter and Schemer. They will never prevent the spread of His message no matter how hard they try.
Allah di Sanjung.
From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 13, 2012 5:52 PM
Subject: Re:Salam, terimakasih diatas makluman. Setakat ini saya belum menghadapi masaalah tersebut. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun saya akan mengikut panduan tersebut sekiranya berlaku. P/s ada saja cubaan halangan yang hendak dilakukan. Semoga Allah melindungi/memelihara kita dan kitabNya.....
From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 13, 2012 6:45 PM
Subject: Re:Salam, nak tambah sikit...teringat ayat berikut: 33:48. Dan jangan taati orang-orang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah pedulikan gangguan mereka, dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.
From: nazri.lukman
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 13, 2012 8:16 PM
Subject: Re: Bacaan untuk Peringatan (hard copy)
SalamBerikut cara yang lebih efektif dan selamat
https://store.opendns.com/setup/computer/
Caranya, selepas klik link di atas, pilih operating system PC anda contoh windows 7, kemudian ikut panduan yang diberikan.
Moga bantu. :)
Kepada semua yang membalas diucapkan ribuan terima kasih.
Allah disanjung!
14 Jun 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman