Respon: Terjemahan Aurat & Tudung Kepala Wanita Dalam Islam

 

From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, May 17, 2012 3:21 PM
Subject:

Salamun alaikum tuan,

Diharap tuan dalam keadaan sihat sejahtera. Saya tak boleh tahan bila membaca keluhan anak muda ni berkenaan "Terjemahan Aurat & Tudung Kepala Wanita Dalam Islam". Kasihan kat dia :) Maka dengan ini saya ingin sampaikan nasihat saya pada beliau yang MUNGKIN dapat membantunya mengharungi kehidupan di dunia ini. Maaf ye tuan.. Terima kasih.

Salamun alaikum,

Saya tertarik dengan emel tentang aurat dan tudung kepala. Saya simpati dengan luahan rasa saudari yang menulis yang begitu risau an gelisah dengan cemuhan masyarakat sekelilingnya. Sememangnya Allah telah pun beritahu kita tentang sifat manusia iaitu:

70:19. Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah,

Adalah lebih baik saudari ambil sikap sabar dengan keaadaan itu dan hendak lah yakin sepenuhnya dengan ajaran dan suruhanNya:

73:10. Dan sabarlah kamu terhadap apa mereka kata, dan tinggalkanlah mereka dengan tinggalan yang manis.

Bacalah Quran selalu secara berulang-ulang pada lewat malam atau dinihari dan secara tartil. Saya pasti Allah akan beri petunjuk dan ilham kepada saudari dengan sesuatu masalah yang dihadapi. Tidak perlu fikirkan perkara2 yang tidak tercatit dalam al Quran, itu adalah lebih selamat. Apa yang ingin kita capai adalah kehidupan yang lebih baik di akhirat yang kekal abadi itu berbanding dengan keadaan dunia yang sememang nya sementara.

13:26. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki. Mereka gembira dengan kehidupan dunia ini; dan kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.

16:107. Itu kerana mereka lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

Dari pengalaman, semasa saya masih kecil dulu, sewaktu awal tahun 70an, ustaz ajar saya jangan membaca/belajar tanpa guru mursyid kerana ia sama seperti membaca dengan syaitan. Alhamdulillah, setelah hampir 40 tahun kemudian baru lah saya sedari yang saya sebenarnya telah tertipu. Kegembiraan saya dan kesyukuran saya kepada Allah tidak lain apabila saya dipertemukan dengan laman ini. Dan dengan tulus ikhlas, saya berdoa kepada Allah agar kurniakan kesejahteraan kepada pengusaha bacaan kerana membuka mata dan telinga saya:

27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

Saya ulangi nasihat saya, bacalah Quran berulang-ulang dengan bahasa yang kita faham, waktu lewat malam atau dinihari, pasti kita akan diberi ilham oleh Allah tanpa diajar oleh orang lain. Berikut adalah pengalaman saya apabila membaca ayat :

55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh tembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah ia! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.

“……kecuali dengan satu kuasa”…kalau kita baca sekali, pasti kuasa yang kita faham disitu adalah kuasa Allah. Tapi apabila kita baca berulang kali, adakah ia juga berkemungkinan bermaksud kuasa seperti roket atau kapal angkasa?

Peringatan akhir, teruskan membaca quran, jangan membaca seperti novel ye…laju-laju… he he

SubhanAllah. Allah disanjung.

Terima kasih.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Semoga kiriman sahabat yang mengandungi ayat-ayat Allah jadi penawar baginya.

Allah disanjung!


18 Mei 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman