Respon (3)- Ayat 73:4 Bacaan Sebenar
From: msahib56
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, May 16, 2012 10:23 AM
Subject: Respon- Ayat 73:4 Bacaan Sebenar
Salamun alaikum,Saya ingin menambah sesuatu berkaitan topik ini untuk direnungkan bersama.
Kita juga harus rujuk kepada ayat-ayat 26: 198-201 dalam buat kesimpulan mengenai perkara ini
26:198 Jika Kami turunkannya kepada seorang bukan Arab,
25:199 Dan dia bacakan kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin kepadanya.
26:200 Begitulah Kami menyusupkannya ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
25:201 Yang tidak akan percayainya, sehingga mereka lihat azab yang pedih.Kalau kita bacakan Al Quran dalam bahasa Arab kepada orang bukan berbangsa Arab, termasuk orang Melayu yang tak faham bahasa Arab, dan tanya mereka, adakah mereka percaya, kebatakkan daripada mereka akan menjawab, “percaya” walaupun mereka tidak faham. Bukankah ini satu pembohongan? Macamana bolih kata percaya kalau tidak faham?
Dan ada juga dikalangan orang Melayu yang bolih menghafal Al Quran dalam bahasa Arab. Mereka bolih melafazkan keseluruhannya, tapi bila ditanya maknanya, mereka tidak tahu. Maka demikianlah Allah susupkan Al Quran dalam bahasa Arab kedalam hati dan ingatan mereka.
Salam. Segala kepujian dan sanjungan yang tertinggi bagi Allah, Tuan yang kepunyaanNya segala apa yang terkandung di alam semesta.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana mengingatkan tentang ayat-ayat tersebut, iaitu ayat-ayat yang menyokong ayat-ayat-Nya yang telah diturunkan dalam perbincangan lalu. Lantas, pendapat atas pembacaan al-Qur'an untuk difahamkan, jadi lebih mantap lagi.
Perbincangan lalu dapat dibaca di sini dan di sini juga. Terima kasih.
Allah disanjung!
17 Mei 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman