Ayat 53:14 dan Penurunan al-Qur'an
From: erfanriyadi28
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, May 13, 2012 11:03 PM
Subject: salam kenal
SALAMUNALAIKUMSalam kenal , saya baru mengenal situs saudara dari temen kurang lebih 2 bulan yl, saya langsung tertarik karena kajian saudara mirip/sama dengan kajian yang saya ikut sekitar 10 thn lalu di daerah saya, namun karena suatu hal saya tidak dapat ikut kajian tersebut lebih dalam. Saya berharap bersama saudara saya bias kembali belajar kalam ilahi agar berada dalam siratal mustaqim.
Saat membaca artikel tentang malam turunnya alquran pada surah 53:13-18 “sesungguhnya dia telah melihat sekalilagi. DISISI POHON BIDARA berbatasan (sidratil muntaha)disisi taman (janah) untukmenginap,ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara, penglihatanya tidak menyimpang, dan tidak juga melampaui batas. Esunguhnya dia telah melihat satu dari pada ayat ayat pemeliharanyayang paling besar”
Ada beberapa pertanyaan yang ingin saya kemukakan:
1. Dalam alquran yang saya baca ( al_muyassar terbitan sinar baru algensindo) tidak terdapat artian DISISI POHON BIDARA, Disini ditulis “dan sungguh dia (Muhammad)telah melihatnya (dalan rupayang asli) pada waktu yang lain “. Mohon beri penjelasan.
2. Saudara juga menjelaskan bahwa mungkin yang dilihat nabi saat itu adalah kitab original alquran, jika memang demikian apakah alquran itu diturunkan dalam paket jadi (maksud saya termasuk surah2 yang berhubungan dengan isteri nabi telah tertulis pada waktu itu) tolong dijelaskan .
Demikianlah email saya, mohon dimaafkan jika ada kesalahan sebagai insane yang baru belajar, salamun
Salamun alaikum,
Terima kasih. Salam kenal disambut baik. Selamat berkenalan.
Di sana ada 2 soalan. Dalam menjawab soalan pertama, kami mohon saudara lihat ayat ke-14, Surah 53, berbunyi 'inda sidratil muntahaa di mana 'inda bermaksud di sisi atau di, dan sidratil muntahaa dibiar tidak diterjemah oleh kitab "Lafzhiyah" (sebenarnya sidrah bermaksud lote-tree atau pohon bidara dan muntaha bermaksud boundary atau sempadan atau perbatasan). Maka di situ terakam DISISI POHON BIDARA seperti yang saudara minta dijelaskan.
Mungkin saudara tidak nampak ayat tersebut walaupun sudah mengkaji al-Qur'an bermula 10 tahun lalu, dan hanya kini baru dinampakkan. Dalam kajian itu mungkin saudara sudah membaca keseluruhan al-Qur'an sekali, atau dua kali, atau lebih. Namun hanya hari ini saudara mampu nampak ayat tersebut dengan jelas.
Demikianlah proses pemahaman ke atas kitab al-Qur'an. Pemahaman tidak akan complete dengan sekali baca walaupun keseluruhannya. Ayat-ayat dijelasakan (Allah) atau dinampakkan sedikit demi sedikit, atau berjarak-jarak dalam tempoh menurut kehendak-Nya. Kerana itu Dia menyuruh selalu membacanya.
Penjelasan yang dipohon itu turut menyumbang kepada jawapan kepada soalan kedua. Dalam soalan tersebut kelihatan seolah ayat yang menyatakan al-Qur'an diturunkan sekali gus tidak juga dinampakkan. Ayat berkenaan berbunyi,
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.
Frasa satu penurunan telah tidak dinampakkan, mungkin disebabkan pengaruh sesuatu ajaran di luar al-Qur'an. Jika ia telah dipercayai tentu dalam tempoh 10 tahun itu saudara telah berusaha mencari bukti atas kebenarannya. Malah penjelasan mengenainya sudah dibuat di laman ini. Tapi saudara kelihatan masih tidak nampak (setelah 2 bulan menyelak halaman-halaman website ini).
Al-Qur'an
dibacakan berjarak-jarak. Atau difahamkan sedikit demi sedikit.
Demikianlah itu juga bagi Nabi yang membacanya sedikit demi sedikit kepada orang ramai, dan juga kepada
isteri-isteri baginda di rumah.
Surah yang menyentuh isteri-isteri baginda, kalau tidak silap, terkandung dalam surah ke-66, yang duduk jauh di belakang (surah yang dikatakan terletak di tengah Kitab al-Qur'an ialah surah 18). Justeru ketika Nabi jadikannya difahami, atau difahamkan, adalah dalam tempoh agak lama sejak baginda mula membacakan Kitab kepada orang lain.
Sehubungan itu, satu soalan terbangkit. Adakah peristiwa dengan isteri-isteri baginda berlaku sebelum, atau selepas, baginda membacanya? Kalau sebelum, maka Nabi belum lagi dibukakan Allah kefahamannya. Itu tidak jadi hal bagi baginda. Kalau selepas, maka Nabi mungkin tersenyum ketika membacanya.
Sama dengan ayat mengenai orang-orang Rom berbunyi, "Orang-orang Rom dikalahkan, Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan mereka, mereka akan mengalahkan," (30:2-3). Kejadian tersebut belum berlaku ketika ayat dibaca pertama kali, dan ia tidak jadi satu isu besar. Setelah berlaku beberapa tahun kemudian tentu orang-orang yang percaya telah melahirkan kesyukuran kerana ayat-ayat tersebut sudah dijadikan jelas kepada mereka.
Demikianlah sedikit contoh atas pemahaman kandungan al-Qur'an, yang dibuka atau dinampakkan Allah dengan kadar sedikit demi sedikit, dengan contoh utama terletak pada pengalaman saudara yang memakan masa 10 tahun sebelum ternampak ayat 53:14.
Di ruang yang
kecil ini saudara telah dikatakan tidak nampak beberapa kali. Pada kali
pertama, sebenarnya saudara sudah dinampakkan ayat 53:14 melalui petikan yang
kami buat dan saudara membacanya, tetapi
saudara memilih untuk menggugatnya pula
dengan meminta penjelasan sebab difikirkan tidak wujud. Apa sebenarnya masalah saudara?
Sekadar bertanya sahaja.
Terima kasih.
Allah disanjung!
15 Mei 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman