Respon (2)- 73:4 Bacaan Sebenar

 

From: umee69
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, May 12, 2012 9:53 AM
Subject: Respon - 73-4 Bacaan Sebenar

Salamun Alaikum,

Diharapkan Tuan dan Keluarga Sihat Sejahtera.
Disini saya ingin beri pendapat tentang ayat 73-4. Menurut Terjemahan 'Progressive Muslim' -
'Or a little more, and arrange the Quran in its arrangement.'

So saya rasa perkataan 'Tartila' ialah menyusun. Al Quran bagi saya seperti 'Jigsaw Puzzle'. Kita kena cari ayat2 yg semakna dan susun untuk melihat 'the Bigger Picture'. Ini jadikan pembacaan Al Quran sesuatu yg menyeronokkan dan tidak membosankan. Dan kefahaman yg Allah berikan pada kita bertambah dengan setiap pembacaan Al Quran.

Semoga Allah beri kita semua Kekuatan dan Ketabahan untuk terus Membaca dan Memahami Al Quran yg Mulia ini. Salam

Be True To Yourselves.....Peace!


Salamun alaikum,

Terima kasih. Satu pendapat yang baik. Kelihatan apa yang dikatakannya "menyusun" adalah seperti diusahakan di ruangan Kalimat Pilihan di sini. Atau ada usaha lain. Apapun, menyusun atau membaca dengan bacaan sebenar, boleh menunjuk kepada maksud pengkajian atau pemahaman ayat-ayat al-Qur'an. Ia dilakukan bersendirian menurut ayat pertama surah 73 yang berbunyi, "Wahai kamu yang berselimut".

Pasangan rattil dan tartil pada ayat 73:4, yang terbit daripada satu perkataan, adalah berlainan dengan qara'a yang lazim diterjemah kepada baca, seperti terdapat pada ayat 73:20.

Kerana berlainan, maka tidak salah jika pasangan itu diertikan kepada "menyusun", lalu ayat mengandunginya berbunyi "dan susunlah al-Qur'an dengan susunannya" menurut Progressive Muslim ("and arrange the Quran in its arrangement").

Oleh itu "orang yang berselimut" disuruh bangkit, pada waktu malam, untuk menyusun (ratttil) al-Qur'an menurut susunannya (tartil).


Melihat pula pada terjemahan PM kepada ayat kedua mengandungi pasangan tersebut; petikan ayat dipendekkan seperti berikut:

"and We arranged (rattal) it accordingly (tartil)" (25:32).

Atau bermaksud "dan Kami telah menyusunnya dengan sewajarnya". Dapat dilihat tartil telah diterjemah kepada its arrangement dan accordingly atau susunannya dan sewajarnya - dua perkataan yang berlainan bunyi dan maksud. (Pada terjemahan Abdullah Yusuf Ali dan Shakir terdapat perkataan arrange bagi ayat ini, tetapi tiada langsung pada ayat 73:4.)


Turut menarik perhatian ialah apabila didapati pada kali pertama orang yang berselimut disuruh menyusun al-Qur'an, dan kedua didapati Tuhan pula yang menyusunnya. Atau kalau menuruti kronologi ayat didapati pada kali pertama ialah Tuhan dan kedua, orang yang berselimut.

Selain daripada kekeliruan tersebut, didapati kamus tidak mengertikan rattil dan tartil kepada "menyusun". Tidak ada perkataan "arrange" diselitkan di mana-mana ruang yang beri makna kepada perkataan-perkataan tersebut (Hans Wehr muka surat 325). Pun begitu, kamus boleh ditolak bagi orang-orang yang mahu menolaknya.


Bagi mereka yang mengertikan kepada "baca" pula, mereka mungkin melihat kepada persamaan yang wujud di antara ayat-ayat 73:4 dan 73:20. Kedua-duanya berkontekskan "waktu malam" dan "al-Qur'an". Di bawah ini diturunkan ayat-ayat tersebut:

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah (rattil) al-Qur’an dengan bacaan sebenar (tartil).

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah (qra-uu) daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah (qra-uu) daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


Tambahan pula, kamus tersebut, dalam penjelasannya didapati tercatat perkataan "baca" dan yang berkaitan.

Demikianlah terletak perbezaan pendapat di antara penggunan perkataan "susun" dan "baca" atas kalimat rattil dan tartil pada ayat 73:4.

Terima kasih. Allah disanjung!


13 Mei 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman