Bidaah dalam agama
From: nama.dipadam
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, May 7, 2012 11:26 PM
Subject: Bidaah dalam agama
SalamunalaikumTuan Pengurus Laman yg dikasihi,
Pertama-tamanya, segala puji bagi Allah, Pemelihara, Pengatur seluruh alam, disanjung..
Tahniah buat saudara, keluarga, sahabat2 dan syukur kepada Allah, 10 tahun lamanya e-Bacaan sudah bertapak jadi panduan buat semua, Alhamdullillah.. Semoga laman ini terus gah terpelihara dengan izinNya..
Mohon maaf kerana begitu lama tidak bertanya khabar buat Tuan dan keluarga. Sudah begitu lama rasanya ingin menulis sejak artikel 10 Tahun e-Bacaan diterbitkan, namun seperti yg Tuan katakan, adakalanya agak berat utk menulis walau sudah mengarang, kesudahannya kembali padam apa yg hendak ditulis, hahahha.. Mungkin belum sampai masanya lagi.. :P
Ada satu permintaan dari saya buat Tuan, agar menerbitkan artikel tentang bidaah atau mengadakan sesuatu dalam agama yg kini begitu berleluasa melampau2 di mana2 jua, baik tv, radio, facebook, laman2 web lain dan wujud dalam semua arah. Perkara2 bidaah ini semamangnya sudah dimaklumi oleh semua Quranist, cuma tidak ada artikel khusus mengenainya dalam laman ini, (maaf kiranya saya terlepas pandang).. Justeru, saya memohon pihak Tuan Pengurus agar menerbitkannya kiranaya ia belum pernah diterbitkan, dan kiranya ada, saya memohon jasa baik tuan utk beri linknya. Maafkan sy yg alpa ini..
Sebelum mengundur diri, saya ingin merakam jutaan terima kasih buat Tuan atas usaha yg berani, tidak kenal letih dan putus asa. Semoga Allah rahmati Tuan sekeluarga.
Salamunalaikum.
p/s - mohon saudara Tuan Pengurus tidak siarkan email ini. Saya segan huhuhu..
Salamun alaikum,
Sudah beberapa hari memikirkan, dan akhirnya bercadang untuk menerbitkannya pula dengan nama pengirim dipadam. Antara sebab buat demikian ialah untuk menghilangkan perasaan segan yang hadir padanya - mengapa harus segan apabila berpijak di atas kebenaran?
Bidaah bermaksud 1. perubahan atau tokok tambah yang diadakan dan bersalahan dengan ajaran agama (Islam); 2. pembohong, penipu, menurut kamus.
Gejala ini dirasai memang berlaku seperti dikatakan. Akan tetapi, kami tidak mampu menulis artikel khusus mengenainya kerana tidak pergi dan melihat di tempat-tempat yang disebut. Sebab malas dan takut termuntah.
Apapun, di sini sudah ada jugak ditulis sedikit. Terima kasih kepada beberapa orang pengirim yang telah mengkhabarkannya. Namun ia tidak dirasai mencukupi oleh sahabat yang penyegan itu.
Maka dedahkanlah. Itu satu cara membasmikannya.
Sebelum berundur, ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat atas ucap selamat 10 tahun laman ini, dan kata-kata lain yang menyebakkan. Alhamdulillah.
Allah disanjung!
12 Mei 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman