Sultan bayangan Allah?

 

From: uncleseekers
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, May 1, 2012 1:57 PM
Subject: Re: Cinta Februari


Sultan bayangan Allah?

Salamun Alaikum Pengurus Laman,

Maafkan saya kerana pelbagai urusan dunia yang tidak pernah habis. Kepada para sahabat maya yang lain semua saya juga memohon maaf.

Saya terbaca satu artikel tentang isu ini. Mereka cuba nak ‘spin’ tentangnya. Lagi banyak mereka ‘spin' lagi bagus...hu.hu

السلطان ظل الله في الأرض، فإذا دخل أحدكم بلدا ليس به سلطان فلا يقيمن به

Maksudnya: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu masuksesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”. Riwayat dalam kitab al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti


Sultan – (Arab) Raja (yang memerintah)

Bayangan – 1. Bayang-bayang. 2. Tanda-tanda tentang sesuatu (misi kejadian yang akan berlaku, tindakan atau keputusan yang akan diambil, dan lain-lain)

Kamus Dewan edisi keempat – Dewan Bahasa dan Pustaka 2005


Geli bulu ketiak bila baca hadis ni.

Allah tak jual balak, Allah tak main <dipadam PL> orang, Allah tak berjudi, Allah tak bunuh orang pakai <dipadam PL>, Allah takedr elaun, Allah tak ditukar 5 tahun sekali..

Agak-agak aarrr dia orang ni...

Izinkan saya menyanyi lirik pertama lagu ‘Ombak Rindu’ sebelum undurkan diri.

Lagu ini ditujukan khas untuk semua 'pencinta hadis vacum cleaner'. Kalau takder hadis mereka akan mati.

Tuhan tolong lembutkan hati dia…

Lalalalala….


Uncleseekers
Seek The Truth


Salamun alaikum,

Terima kasih sahabat US. Maaf berkata, nampak macam nak mengamuk saja! Tidak mengapa, kita semua maafkan sahabat. Kita faham, sebab sekarang ini kita nampak orang asyik nak marah saja. Tapi kita ingat peringatan Allah menyuruh maafkan manusia.

Dalam kerajaan-Nya terdapat Dia sebagai Raja/Pemerintah mutlak (tiada sekutu bagi-Nya). Selain daripada Dia adalah hamba-hamba-Nya iaitu para malaikat, yang berkedudukan dekat dengannya, dan para Nabi dan Rasul, sebagai pembawa berita daripada-Nya di dunia.

Antara para Nabi pula, ada yang diangkat-Nya menjadi raja atau Sultan, misalan Nabi Daud dan anaknya, Sulaiman. Kedua-dua mereka adalah antara orang-orang yang Allah beri petunjuk yang benar. Namun, tidak satu pun ayat yang menyebut mereka sebagai bayangan Allah.

Bila sebut tentang bayang-bayang, terlintas di kepala, ia lebih panjang daripada bentuk asal, dan lebarnya pula terdapat bahagian-bahagian yang lebih besar. Dengan itu persamaan yang dibuat ulamak tersebut adalah di luar perkadarannya. Persamaan sebenar bagi Allah ialah:

24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki. Dan Allah buat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah tahu segala sesuatu.

Siapakah Sultan pada zaman al-Sayuti? Kelihatan seperti beliau seorang yang telah diberi pangkat oleh Sultannya, atau beliau sedang mencuba mendapatkannya, dengan cara membodek, ketika menulis kitab tersebut. Itu hanya sangkaan kami belaka. Maafkan kami!

Allah disanjung!


2 Mei 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman