Asmara Selamat Jalan
From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, April 27, 2012 9:34 PM
Subject: Aneh: Undang-Undang Bersetubuh Dgn Mayat Isteri di Mesir
Salam,Semoga dalam keadaan sihat dan diberkati Allah.
Ingin berkongsi berita aneh daripada Mesir seperti yg dilaporkan oleh Harian Metro hari ini.
1) http://www.hmetro.com.my/articles/Parlimenizinpersetubuhandenganmayatisteri/Article
2) http://english.alarabiya.net/articles/2012/04/25/210198.html
Mesir Boleh?
Salamun alaikum,
Terima kasih. Memang aneh. Antara dua link dirakam sahabat sipekan, kami pilih yang pertama untuk dipaparkan di sini, seperti berikut:
Sabtu, 28 April 2012
Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri
KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.
Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.
Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita dapat pendidikan serta pekerjaan.
Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.
Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.
Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.
Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.
Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.
“Ia tidak boleh diterima.
“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. - DM
Kelihatan seolah mengusaha ladang di bumi yang diketahui sudah mati selama-lamanya, semata-mata
untuk memuaskan keinginan berusaha ke atasnya, oleh sebab milikinya. Amalan membazir itu dijadikan fatwa ulama sebuah negara Islam, dan kemudian
diterlentangkan pula di sebuah parlimen negara Islam lain untuk dijadikan
undang-undang. Mungkinkah ia mengalir ke negara kita?
Kami tidak dapati mana-mana negara bukan Islam mengadakan undang-undang menghalalkan amalan bersetubuh dengan mayat. Akan tetapi segelintir manusia tentu mengamalkannya atas sebab-sebab berikut (http://en.wikipedia.org/wiki/Necrophilia):
Necrophilia, also called thanatophilia or necrolagnia, is the sexual attraction to corpses.....
Rosman and Resnick (1989) reviewed information from 34 cases of necrophilia describing the individuals' motivations for their behaviors: these individuals reported the desire to possess an unresisting and unrejecting partner (68%), reunions with a romantic partner (21%), sexual attraction to corpses (15%), comfort or overcoming feelings of isolation (15%), or seeking self-esteem by expressing power over a homicide victim (12%).
Antara lima sebab itu tiada satu pun menyebut tentang suruhan agama kecuali di negara Peru purba, tetapi diamal untuk berkomunikasi dengan si mati - Acts of necrophilia are reportedly displayed on Moche artifacts of Peru. It was reportedly used as a method to communicate with the dead.
Orang-orang Mesir purba dikatakan telah mengamalkan persetubuhan itu, namun untuk tidak menggalakkannya mayat-mayat perempuan cantik dibiarkan reput tiga atau empat hari sebelum diawet.
Kembali kepada fatwa yang dikatakan Islam. Enam jam pertama selepas kematian adalah masa amat "susah" bagi lelaki atau perempuan yang kematian isteri atau suami. Akan tetapi, dalam tempoh itulah mereka dibolehkan bersetubuh dengan pasangan mereka yang sudah tidak bernyawa lagi! Kalau pun terdaya lakukannya, tidak usahlah si ulama berfatwa, seperti sudah difatwa ke atas amalan mengorek hidung atau mengorek telinga. Apatah lagi untuk dibawa ke parlimen orang Islam! Malu!
Amalan bersetubuh dengan bangkai difahamkan diamal oleh sesetengah haiwan. Sejenis itik dikatakan ambil masa selama 75 minit untuk menamatkan asmara tersebut, dengan mengambil dua kali waktu rehat dalam adegannya.
Asmara Selamat Jalan bagi suami dan juga isteri adalah hanya satu rekaan ulama yang terbit daripada keinginan sahaja. Allah tidak menyebutnya di dalam al-Qur'an. Malah, asmara bagi pasangan masih hidup pun ada hadnya dalam ajaran Allah.
Justeru ia adalah amalan yang kami terangkan membazir atau berlebihan yang terbit daripada keinginan. Kedua-dua perkataan itu tidak membawa cerita baik di dalam al-Qur'an. Renungkanlah.
Allah disanjung!
29 April 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman