Sujud setelah diperingatkan ayat, dan lain

 


From:
Nor Azlan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, April 4, 2012 12:23 AM
Subject: Surah as-Sajdah, 32:15


Salam

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

Ada kah ayat di atas satu perintah untuk sujud..


Salamun alaikum,

Terima kasih. Ayat dan pertanyaan mengenainya diterima baik. Buat permulaan, izinkan kami petik ayat tersebut daripada Bacaan pula:

32:15. Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.

Kepada pertanyaan, sama ada sujud di situ satu perintah, kami berpendapat ia bukan satu perintah, tetapi merupakan satu contoh reaksi mulia orang-orang yang percaya apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah. Contoh harus direnungkan.

Meskipun jawapan sudah diberi, namun, kami ingin meneruskan beri pendapat mengenai perkara tersebut, kerana ia kelihatan tersangkut pula pada beberapa perkara lain, yang dirasakan tidak kurang penting.


Telah difahamkan iaitu sujud dilakukan atas sifat tidak menyombong terhadap Allah. Ia seterusnya bukan sahaja didapati dilakukan untuk menyanjung-Nya tetapi kerana takut akan azab di akhirat, iaitu azab seperti diperingatkan oleh ayat-ayat-Nya. Sujud ini, dan perbuatan berdiri, dilakukan pada waktu malam, dan antara disebut di dalamnya ialah harapan untuk mendapatkan pengasihan daripada-Nya. Firman Allah,

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya?


Selanjutnya, sujud didapati telah dilakukan oleh sebahagian ahli Kitab dan orang-orang sebelum al-Qur'an diturunkan. Mereka lakukan sujud setelah membaca ayat-ayat Allah atau ayat-ayat al-Qur'an dibacakan kepada mereka. Dua firman di bawah menjelaskan:

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,

Umat yang tegak telah disebut, dituruti orang-orang diberi pengetahuan. Mereka adalah orang-orang yang percaya, yang jatuh bersujud, apabila membaca atau dibacakan ayat-ayat Allah kepada mereka. Waktu malam, atau lebih tepat, tengah malam, telah juga disebut bersama.

Harus juga diingati iaitu mereka terdiri daripada para Nabi keturunan Adam, orang-orang yang diselamatkan bersama Nuh, dan keturunan Ibrahim serta Israil, dan daripada orang-orang diberi petunjuk, dan dipilih-Nya. Mereka juga menangis apabila ayat-ayat Allah dibacakan kepada mereka. Firman-Nya,

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.


Selain jatuh bersujud kerana mengingati-Nya (mengingati ayat-ayat-Nya) atau dibacakan ayat-ayat-Nya, hati dan kulit manusia boleh jadi gementar kerana ayat-ayat Tuhan. Apabila itu berlaku, menunjukkan keimanan bertambah, dan telah dapat petunjuk yang benar. Mereka juga adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah, sabar atas apa yang menimpa, lakukan solat, dan nafkahkan daripada rezeki yang diterima. Tiga ayat di bawah menerangkan:

8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,

22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.


Demikianlah sedikit kisah orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah. Lain pula reaksi manusia lain apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah. Antara mereka, pertama disebut, ialah orang-orang yang berpaling daripadanya:

18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya.

32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

Tergolong sebagai zalim, berdosa, dan tidak dapat petunjuk selama-lamanya - itulah upah orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat-Nya, sambil melupakan kejahatan mereka.


Kedua ialah mereka yang tidak ingat, setelah diperingatkan, dan mengejek ayat-Nya pula!

37:13. Dan, apabila mereka diingatkan, mereka tidak ingat,
37:14. Dan, apabila mereka lihat satu ayat, mereka akan mengejek,

Tiap-tiap tindakan ada tindak balas, misalan tertinggal di Jahim. Akhir dicatat di sini ialah orang-orang yang melupakan apa yang telah diperingatkan. Ayat-ayat penyebut turut memperkatakan tentang akibat lakukan perbuatan tersebut, dan mereka berbunyi,

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.

6:44. Maka, apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, Kami ambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa.

7:165. Maka apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada buat jahat, dan Kami ambil orang-orang buat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.

Kata fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) ditambah kepada mereka. Dan, akibat daripada perbuatan mereka disenaraikan di bawah ini pula:


Dan kata akhir kami di sini, bersamalah kita diperingat dan diamarankan-Nya. Sekian.

Allah disanjung!


9 April 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman