Aneh dan Hairan

 

From: wartawanmerahputih
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, March 31, 2012 8:39 AM
Subject: Ayat Aneh di Lingkungan yang Aneh

AYAT ANEH DI LINGKUNGAN YANG ANEH

Umat Islam sekarang banyak yang aneh. Pasalnya, mereka menganggap Al Qur’an merupakan sesuatu yang aneh-aneh. Misal, orang yang mengkaji Qur’an ucapkan salam dengan ucapan “salamun alaikum” sebagaimana tertuang dalam Surat Al An’an (6) ayat 54 dibilang aneh. Dan yang lebih aneh lagi, penilaian seperti itu datangnya dari para pemuka agama yang mengklaim dirinya sebagai ulama. Sepertinya umat Islam sekarang sudah terlalu banyak yang aneh-aneh.

Terima kasih

Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman yang baik, menyentuh satu suruhan Allah yang amat mudah. Namun, beri salam yang terlupa harus juga ditegur di sini ;-)

Sekadar menghidangkan ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan "aneh" dan yang berkaitan, iaitu "hairan" sahaja buat kali ini:

1. Aneh

11:70. Apabila dia lihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."

19:27. Kemudian dia datangkan kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu datangkan sesuatu yang aneh!

38:5. Apa, adakah dia jadikan tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh."

50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!


2. Hairan

7:63. Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Cemerlang."

13:5. Jika kamu terhairan-hairan, sungguh yang menghairankan ialah ucapan mereka, "Apabila kami jadi tanah, adakah kami akan dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?" Mereka itu orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka; mereka itu, pada leher mereka ada belenggu; mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

37:12. Tidak, kamu terhairan-hairan; dan mereka mengejek,
37:13. Dan, apabila mereka diingatkan, mereka tidak ingat,
37:14. Dan, apabila mereka lihat satu ayat, mereka akan mengejek,
37:15. Dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.

38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang berdusta.

50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!

52:45. Maka tinggalkan mereka sehingga mereka menemui hari mereka yang padanya mereka hairan,
52:46. Hari apabila muslihat mereka tidak berguna kepada mereka sedikit pun, dan mereka tidak ditolong.

53:59. Maka adakah kamu berasa hairan dengan hadis ini (al-Qur'an),
53:60. Dan kamu ketawa, dan kamu tidak menangis,
53:61. Sedang kamu keseronokan?
53:62. Maka kamu sujudlah kepada Allah, dan sembahlah!

Sekian, semoga berasa kenyang dengan hidangan kali ini.

Allah disanjung!

3 April 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman