Surah Yusuf Ayat 100
From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 10, 2012 5:36 PM
Subject: Surah Yusuf Ayat 100
Tuan Pengurus Laman
Salamun alaikum.Selamat bertemu kembali dan semoga sahabat berada di bawah perlindungan serta rahmatNya.
Tujuan saya menulis kepada sahabat kali ini ialah untuk bertanya tentang surah kedua belas (Yusuf), ayat 100 sebagai kesudahan kisah nabi Yusuf disatukan kembali dengan ayah bonda serta saudara-saudaranya:
12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; dan seterusnya...
Kemuskilan saya ialah siapakah yang dimaksudkan dengan "yang lain" dan mereka itu bersujud kepada siapa?
Biasanya jika bersujud kepada Allah, tentu huruf 'n' dalam "kepadanya" itu adalah huruf besar, yakni, kepadaNya. Kemungkin besar, sahabat mempunyai sebab-sebab tersendiri dengan menggunakan 'n' kecil.
Harap sudilah sahabat beri sedikit pandangan serta penjelasan. Terimakasih.
Salam,
Husmali
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi lagi mendengar pandangan serta penjelasan daripada kami ;)
Kami berpendapat ayat 12:100 itu berkaitan pula dengan dua ayat tercatat di permulaan Surah Yusuf berbunyi,
12:4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, "Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya."
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, jangan ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
Maka untuk menjawab soalan sahabat yang pertama, kami berpendapat yang dimaksudkan dengan frasa yang lain di situ ialah saudara-saudara Yusuf. Mereka telah melempar Yusuf ke dalam perigi semasa baginda masih kecil lagi supaya baginda dapat dipisahkan daripada bapa mereka yang dilihat lebih mencintai Yusuf daripada mereka. Kedengkian yang hadir di situ tentu telah disuntik oleh syaitan.
Beralih kepada jawapan bagi soalan kedua. Kerana didapati (pada ayat 12:4) frasa mereka sujud kepada saya maka kami tidak menggunakan huruf besar "N" pada perkataan kepadanya. Kami berpendapat mereka sujud kepada Yusuf bukan Allah.
Untuk menyenangkan rujukan diturunkan sekali lagi ayat yang dipersoalkan, di bawah ini:
12:100. Dan dia (Yusuf) naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
Yusuf adalah seorang Nabi Bani Israil yang tinggal sebelum Nabi Musa, iaitu pembawa Kitab pertama antara empat diturunkan Allah. Daripada cerita di atas dapat difahamkan bahawa kaum Bani Israil mengamal budaya sujud kepada manusia atas sebab-sebab tertentu.
Budaya tersebut didapati masih diamalkan oleh sesetengah kaum yang maju pada hari ini, seperti orang Korea Selatan, yang buat demikian atas sebab, misalan, memohon maaf atau melahirkan perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seseorang.
Sekian, pendapat kami. Terima kasih.
Allah disanjung!
11 Januari 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles