Ayat 25:30 adalah Kalam Allah
From: naqtau
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, December 4, 2011 4:24 PM
Subject: Kalam Allah : 25.30
Salamun'alaikum,
Salam sejahtera kepada Tuan sekeluarga. Saya ingin memohon pandangan Tuan mengenai ayat berikut:-
25.30: Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."
Adakah yang dikatakan oleh Rasul itu merupakan kata-kata beliau ataupun ungkapan yang Allah menyuruh baginda sampaikan kepada umat. Kekeliruan saya ialah: Allah menyuruh Rasul sampaikan 25.30 yang mengandungi di dalamnya bahawa baginda akan mengadu yang kaum nya tidak akan mempedulikan Quran.
Adakah kata-kata ini kalam Allah atau kata-kata baginda sendiri. Harap maaf jika tidak jelas kerana kelemahan bahasa Melayu saya dan semoga tuan dapat beri pendapat.
Terima kaseh
Salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi, dan terima kasih juga atas emel sahabat yang menunjukkan penerimaan baik kepada sebab-sebab mengapa pertanyaan tidak dapat dijawab dengan cepat dalam jawapan perbadi kami kepada beliau sejurus selepas menerima emel di atas.
Alhamdulillah, dalam masa itu, seorang sahabat lain telah tampil dan beri pertolongan atas masalah yang dihadapi sehingga kami dapat menulis sedikit untuk menjawab pertanyaan tersebut yang diturunkan di sini.
Pada hemat kami, ayat bersabit (25:30) adalah Kalam Allah yang ceritakan apa yang akan dikatakan oleh Rasul (Muhammad) tentang kaumnya pada Hari Akhirat. Mungkin kata-kata Rasul itu merupakan jawapan kepada suatu pertanyaan daripada Allah. Sangkaan kami berdasarkan Kalam Allah juga bermaksud,
"Sesungguhnya ia (al-Qur'an) adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya." (43:44)
Sama seperti Nabi Isa yang turut akan ditanya pada Hari Akhirat. Pertanyaan Allah dan jawapan baginda adalah seperti berikut:
"Dan apabila Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, "Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah"?' Dia berkata, 'Kepada Engkau sanjungan! Tiada bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib." (5:116)
Demikianlah dapat difahamkan apa yang akan dikatakan oleh dua orang Rasul atau Nabi di akhirat kelak. Kata-kata mereka telah diketahui terlebih dahulu oleh Allah, Yang Mengetahui.
Kembali kepada ayat 25:30. Rasul telah membaca dan memahaminya, dan telah juga membacakan kepada orang lain. Tentu baginda telah ditimpa kesedihan atas kebenaran Kalam tersebut. Kesedihan baginda digambarkan dalam Kalam-Nya berbunyi,
"Boleh jadi, jika mereka tidak percayai hadis ini (al-Qur'an), kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka." (18:6)
Pun begitu, tugas sampaikan Kalam Allah diteruskan. Bagi orang-orang yang dibacakan ayat tersebut pula, ada yang percaya dan ada pula yang tidak percaya, atau tidak mempedulikannya langsung.
Bagi yang percaya, mungkin mereka merasakan seperti Nabi rasakan. Bagi yang tidak percaya, mungkin mereka tidak mempedulikan, macam Abu Lahab, yang telah dibacakan sebuah surah mengenai dirinya (Surah 111) tetapi tetap tidak percaya dan tidak mempedulikan. Menurut sejarah, beliau telah meninggal dunia 10 tahun selepas surah tersebut dibacakan kepada beliau. Boleh jadi surah itu telah dibacakan berulang kali kepadanya, tetapi bagi sesiapa yang tidak mempedulikan, jika dibacakan segala Kalam pun, termasuk ancaman-Nya, namun tidak datangkan sebarang kesan jua!
Sekian pendapat kami.
Allah disanjung!
15.12.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles