Bukankah Aku ini Pemelihara kamu? 7:172

 



From: yj.msteen
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, October 7, 2011 2:54 PM
Subject: Qalu bala syahidna

Salamun ‘alaikum.

Semoga tuan dan keluarga dirahmati Allah.

Saya mohon tuan menghuraikan berkenaan ayat 7:172.

7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka , "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."

Saya ditanya berkenaan ayat tersebut tapi tak mampu jawab. Soalan nya tentang bila kesaksian itu di buat.
Sekian terimakasih

Salamun ‘alaikum.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Tetapi maaf, kami pun tidak tahu bila kesaksian jiwa itu berlaku. Mungkin sebelum ia dicipta di dalam rahim ibu-ibu atau setelah ia dicipta di dalamnya. Sila lihat ayat berikut:

"Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?" (39:6)

Kelihatan seperti pada mulanya ada satu jiwa (nafs). Daripada satu jiwa itu, orang lelaki (Adam) dicipta, dan kemudian, daripadanya juga, dicipta pasangan bagi lelaki (perempuan).

Apa yang kami tidak tahu ialah sama ada kesaksian itu berlaku semasa jiwa itu sedang berada dalam keadaan satu, atau setelah ia berada di dalam rahim.

Tidak seperti apa yang dikatakan Roh-Nya, yang dihembus ke dalam manusia setelah dibentuk-Nya (di dalam rahim). Ayat berikut menjelaskan:

"yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,
Kemudian Dia buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,
Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan." (32:7-9)

Harap tidak sangka roh dan nafs (yang turut diterjemah kepada diri) adalah sama kerana terdapat kalimat diri(nafs)-Nya pada ayat-ayat 3:28, 3:30, 6:12 dan 6:54 yang menunjukkan perbezaan. Sila rujuk kalimat Jiwa dan Roh. Terima kasih.

Maka jiwa telah "melihat-Nya" atau tahu tentang kewujudan-Nya, sebelum berada di dunia ini. Sebab itu dalam ayat-ayat mengenai akhirat didapati tiada satu pun soalan manusia yang misalannya berbunyi "Siapa anda?" ditujukan kepada Allah, Pemeliharanya.

Demikianlah pendapat kami, yang tidak dapat menjawab pertanyaan di atas dengan tepat. Sekali lagi, maaf.


Allah disanjung!


8 Okt 2011
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman