Kalimat Cabul

 

From: emi_samad
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, September 23, 2011 10:46 PM
Subject: mencabul


Salam,

Saya menghadapi masalah untuk memahami mesej dari perkataan 'mencabul' dalam terjemahan. Sudikah tuan jelaskannya? Adakah ia bermaksud melampaui batas, berlebihan dalam urusan, melanggar perjanjian/perintah?

Semoga tuan tidak keberatan mencerahkan kekaburan yg dialami. Maklumlah, penggunaan perkataan 'cabul' biasanya telah digunakan hanya dlm istilah2 berkaitan rogol pada hari ini. Saya mengaku saya kurang arif dlm bahasa melayu walaupun ia adalah bahasa ibunda saya. Maaf dan terima kasih.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas undangan untuk memegang watak sebagai Kamus Melayu, walaupun kami bukan ahli bahasa ;-) Bila menyebut tentang kamus, teringat satu kisah semasa di bangku sekolah lima puluh tahun lalu, tentang seorang cikgu yang apabila ditanya makna sesuatu perkataan, beliau dengan senyuman manisnya menjawab, "Please consult your best friend - the dictionary!"

Tinggalkan pengalaman di situ, untuk pergi kepada maksud cabul. Maksudnya ada beberapa. Selain daripada difahamkan itu ia bermaksud keji dan kotor, tidak senonoh, melanggar kesusilaan, melanggar adat dan kebiasaan, dan melanggar larangan. Satu contoh dalam penggunaan ialah mencabuli ruang udara negara (Kamus Dewan). Dalam bahasa Inggeris disebut transgress.

Sebab soalan dibawa ke sini, walaupun kelihatan agak peribadi, ialah kalimat tersebut belum lagi disenaraikan di ruangan Kalimat Pilihan. Atas kesedaran yang dibangkitkan kami berasa gembira , lalu turunkan senarai ayat-ayat mengandunginya di bawah:


Kalimat cabul di dalam al-Qur'an


Daripada akar ain dal wau terbit sembilan kalimat, tetapi hanya tiga diterjemah kepada cabul atau terbitannya. Yang lain kepada musuh, permusuhan dan sebagainya.


 

1. TA'ADDA - to transgress, to trespass

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.

4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, dan mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan masukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.


~ A Concordance of the Qur'an ms 223


2. I'TADA - to commit aggression, to transgress, to be an aggressor

2:65. Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."
 

ya'tadi

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.

2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

5:87. Wahai orang-orang yang percaya, jangan haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.
 

i'tadi

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia serang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
 

mu'tadi

2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

5:87. Wahai orang-orang yang percaya, jangan haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.

7:55. Serulah Pemelihara kamu dengan rendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak suka orang-orang yang mencabuli.

9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.

10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukan orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.

50:25. Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,

68:12. Penghalang kebaikan, pencabul yang berdosa,
(pelampau batas diganti dengan pencabul di sini)

83:12. Dan tiada yang dustakannya kecuali setiap orang yang mencabul, yang berdosa.


~ A Concordance of the Qur'an ms 223

 

3. 'ADA - to transgress, to turn away; transgression, impetousness, revenge


ya'du

4:154. Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami kata kepada mereka, "Jangan cabuli Sabat"; dan Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.

18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.


'adw

6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.

10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."


'adi

2:173. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidak berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

16:115. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;

26:166. Dengan tinggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu ciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang derhaka."

70:31. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, merekalah orang-orang yang derhaka,


~ A Concordance of the Qur'an ms 221

 

26.9.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman