Tunggu... sebelum memanjangkan cinta dan pengasihan
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, September 16, 2011 7:44 AM
Subject: "Tunggu....!" (commercial break dari Allah.)
Salamun a'laikum..Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.
Semoga kita semua sentiasa berada didalam pengasihan Allah.9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."
Tidak dinafikan Perasaan rasa cinta, kasih sayang terhadap sesama manusia mahupun harta benda Memang dibekalkan Allah buktinya :
3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.
30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
Tetapi rentetan daripada perasaan semulajadi td wujud disetiap naluri manusia, Ada yg ambil nya dengan terlebih dos.. Sehinggakan wujudnya perpecahan sesebuah hubungan kekeluargaan, kehilangan harta benda, anak2 mahupun perniagaan. Tanpa manusia sedari amaran Allah dalam firman Nya di 9:24 diatas.
"...jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq." (9:24)
Menjurus kepada phenomena yg sering terjadi pada semua manusia sebelum menerima petunjuk.. Sehinggakan wujudnya pepatah turun temurun, "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" Atau "alah.. Mana ada suami isteri yg tak gaduh dan cerai berai perkara biasa" atau Bila dh muflis "alah.. Biasalah niaga memang ada rugi nya.."
Itu adalah penyebab utama dan resam terjadinya penceraian, perdangangan, perniagaan dan ekomomi yg jatuh menjunam, Bila Allah mengkategorikan kita sebagai KAUM yg fasiq, walau beribu kali menyebut namaNya, walau ibu dan bapa haji Dan hajah, ustaz dan ustazah, walau suami Dan isteri itu graduan negara arab yg terpilih, Dan berbagai lagi pangkat ternama.. Tiada yg dapat selamatkan kita dari bencana Allah.
Mungkin juga kita terlepas pandang, mungkin juga tersilap tafsir segala yg buruk berlaku itu adalah daripada tangan sendiri, buktinya :
4:79. Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.
Renung lah diri, anak2 dan keluarga kita, tidak terlepas dari masalah keturunan ini.. Kesian pada diri kita yg selama ini Akibat dari agama ikut-ikutan dan banyak lagi perlaksanaan yg tidak sejajar dengan perintah Tuhan, padah nya ditimpa kepada kita, anak2, Dan jenerasi keturunan Demi keturunan. Hanya mereka yg pandai menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati sahaja yg akan terselamat dari KEMURKAAN ALLAH!!
Kita Hanya perlu bangkit semula, merenung apakah perlaksanaan kita sebagai hamba menumpang dimuka bumi Nya ini menepati syarat Dan terma atau kritiria sebagai hamba yg tercatat didalam kitab Nya atau sebaliknya.
28:88. Dan jangan seru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
Jangan kita diibaratkan sebagai dedalu pokok tumpangan atau parasite yg hidup menumpang di pokok yg lain tetapi buat kemusnahan pada pokok yg ditumpang Dan pokok2 yg lain..!
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Satu peringatan amat baik, yang mengheret kami kepada kemenungan atas satu kasih sayang semula jadi iaitu terhadap ahli keluarga dan kerabat. Amat sedih dirasakan apabila kasih tersebut diputuskan. Namun pemutusan itu akan berlaku juga apabila memilih untuk berpegang pada kepercayaan yang diturunkan Allah kepada Rasul, dan tinggalkan anutan ahli keluarga dan kerabat.
Pemutusan tersebut tidak dilakukan menurut kehendak hati sendiri tetapi jadi seolah semula jadi apabila memilih untuk percayai Allah dan Hari Akhir seperti terkandung di dalam Kitab dibawa Rasul. Itu adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang di jalan-Nya, lebih dicintai daripada mereka.
Kemenungan yang tampil ke muka ditiup oleh bayu mesej daripada ayat berbunyi,
"Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung." (58:22)
Siapa tidak mahu jadi orang-orang beruntung? Siapa tidak mahu jadi di kalangan golongan Allah?
Allah disanjung!
17.9.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman