Al-Fatihah & Keseluruhan Kitab
From: sinyadall
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, September 2, 2011 9:46 PM
Subject: Alfatihah
Salamun alaikumSaya agak baru disini, pertama kali saya baca artikel di laman ini saya mula tertarik kerana banyak perkara yang diutarakan & dibincangkan disini merupakan jawapan kepada banyak kekalutan @ permasalahan dalam masyarakat kita harini. Apa yang saya maksudkan disini adalah kerana setiap perkara yang berbangkit akan berkesudahan dengan jawapan daripada Allah, iaitu al-quran bukan dari kata-kata manusia.
Disini saya ingin bertanya 1 soalan sahaja berkaitan apa yang pernah saya dengar mula sekolah dulu hingga ke harini iaitu bagaimana yang dikatakan membaca al-fatihah itu umpama membaca keseluruhan al-quran. Saya tidak pasti ianya sumber dari mana, yang pasti saya tidak jumpa dalam mana-mana ayat al-quran akan hal ini.
Mohon penjelasan dan pandangan, sekian terima kasih
Salamun alaikum,
Alhamdulillah. Saudara sudah baca dan kini ingin pula mengesah serta menyaksikan bahawa al-Kitab adalah sebenarnya penjelasan bagi segala sesuatu, seperti Kata-Nya.
Dengan sifat itu tidak mungkin dengan hanya membaca surah al-Fatihah yang mengandungi tujuh ayat akan jadi umpama membaca keseluruhan al-Qur'an. Tidak mungkin 0.001% jadi serupa dengan 100%. Hanya orang yang terkeliru atau ingin mengelirukan orang lain akan berkata begitu.
Atau ia sengaja tidak mahu manusia baca keseluruhan al-Qur'an!
Allah disanjung!
3.9.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman