Pengalaman Hidup Seorang Muslimah XI
(Lailatul Qadar)

 

From: Sari Nande
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, August 25, 2011 5:27 PM
Subject: LLQ

Salam,

Semoga bahagia di samping keluarga.
Satu lagi coretan rasa.
Pengalaman hidup jua, adanya.


Pengalaman Hidup Seorang Muslimah XI
(Lailatul Qadar)


Salamun ‘alaikum,

Bertemu kembali para sahabat yang dikasihi. Semoga sentiasa dapat keredaan Ilahi.

Sebenarnya hati ini sedih dan perit setelah “terpaksa” (kerana yg lain berminat) mendengar pengisian kuliah subuh yg disiarkan di radio untuk pendengaran seluruh umat Islam seMalaya semalam. Namun beransur terubat apabila teringatkan ayat-ayat:

2:272. Bukanlah atas kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kpd siapa yg Dia hendaki.

Namun saya tidak juga berniat untuk,

10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu hendaki, sesiapa yg di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang2 mukmin (yg percayai)?

Cuma berharap perkongsian ini dapat beri manfaat kepada yang mencari kebenaran dan berfikir.


Kuliah subuh tentang
lailatul qadar

Ustaz disoal mengapa perlu bersusah payah mencari lailatul qadar, sedangkan amalan2 ibadah boleh dilakukan pd malam2 lain, dijawab:

Rasulullah sayang akan umatnya. Lailatul qadar diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W atas sebab: Lebih baik daripada 1000 bulan.

Imam Malik, “Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah beri peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.”

Imam Al-Qurtubi, “Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.”

96:6. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya manusia melampaui batas,

Pendustaan tersebutlah yg buat saya sedih kerana kesannya akan tertancap di peringatan para pendengar yg Quran illiterate. Subhan Allah, didustakan bahawa Nabi itu bersifat biadap dan tidak bersyukur. Adalah mustahil Nabi tidak tahu dan ambil pelajaran drp ayat-ayat berikut. Atau adakah mereka menganggap Tuhan itu BFF nabi hingga boleh memohon tanpa renungkan:

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kpd para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yg akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dgn memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yg kamu tidak tahu."

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukanlah drp keluarga kamu; dia adalah amalan yg tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yg kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang2 yg bodoh."

10:18. … Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yg Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?"

Dan inikah yg dikatakan hadis nabi menerangkan al-Quran

Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan…

berdasarkan ayat-ayat berikut?

"Sesungguhnya, Kami turunkannya (al-Qur'an) pada malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,
Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Sejahteralah ia, hingga terbit fajar." (97:1-5)

Saya tidak ingin berdebat (dgn pendengar2 lain itu) kerana peringatan kepada Nabi-Nya:

6:33. Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa yg mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yg mereka dustakan, tetapi orang2 yg zalim, ia adalah ayat2 Allah yg mereka sangkal.

UML bacalah:

Lailatul Qadar - Penantian Sia-sia

Malam al-Qur'an diturunkan

Sekian. Terima kasih.
 

Salamun alaikum,

Malam itu malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah. Dengan segala perintah. Segala perintah. Diturunkan pada malam yang berkuasa. Satu malam. Malam Yang sejahtera.... hingga terbit fajar (waktu puasa bermula).

Akan tetapi, malam itu ditunggu-tunggu hingga ke hari ini. Seolah perintah yang diturunkan dulu tidak "segala". Atau tidak jelas.

Atau mereka menunggu yang lain? Yang diangan-angankan, yang dijanjikan, yang dikhayalkan - yang tidak datang daripada Allah mahupun Rasul-Nya. Jika demikian, firman-firman berikut harus direnungkan sebelum lakukannya lagi:

"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka." (47:25)

"Ia janjikan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan janjikan mereka melainkan tipuan." (4:120)

Terima kasih puan atas peringatan LLQ bagi tahun ini.

Allah disanjung!

26.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman