Perjuangan amat bersangkut-paut dengan duit

 

From: imannisa82
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, August 15, 2011 11:54 PM
Subject: saya ingin mengetahui lebih lagi mengenai al-Quran sebenar: adakah ini related dengan Maahad Al-Zaitun?


salamun alaikum,

Saudara pengarang, syukran kerana usaha saudara untuk memperjuangkan al-Quran.

Cuma saya ingin bertanya, adakah pihak tuan ada bersangkut paut dengan Maahad Al-Zaytun? Mereka juga memperjuangkan al-Quran, sepertimana tuan, tapi perjuangan mereka amat bersangkut-paut dengan duit.

Saya pernah ikut mereka beberapa tahun, mereka adalah manusia yang buatkan saya tercari-cari dan memplejari isi al-Quran.
Namun, semua yang di lakukan perlu disertakan duit.

Saya tak kedekut, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang cukup untuk saya, lebih dari mampu untuk saya berikan jumlah duit yang mereka tetapkan setiap kali. Tapi setiap kali perbincangan, penutup dia adalah duit, mana duit bulan ini, mane bayaran untuk itu dan ini. Dan beberapa perkara yang meragukan, sehingga saya menyoalkan keraguan saya dan keluar dari mereka.

Saya adalah kafir bg mereka kerana keluar dari kumpulan itu. Bagi saya untuk menegakkan / sampaikan isi Quran sebenar, tak semestinya perlu jadi ahli mereka, di bai'ah, dapat gelaran samting dan warganegara kepada sesuatu negara. Sesiapa yang beriman dengan apa yang Allah turunkan, dengan al-Qalam pun boleh sampaikan isi al-Quran. al-Quran untuk semua, bukan untuk satu kelompok bangsa sahaja.

Saya tidak mahu ingkar kepada ajaran Allah, sehingga kini saya masih mempelajari al-Quran, memahaminya. Namun saya mahukan sebuah channel yang ikhlas untuk dinul Haq. Saya mahukan yang haq. Tapi saya dah tak tahu nak pergi mana, saya hanya membaca dan memplejari al-Quran direct dari terjemahan dan bacaan di internet. Untuk pergi ke ustaz2 di masjid, seperti kisah Brahim dan orang kampung nyelah. Saya budak mentah, apa saya tahu pasal al-Quran kata mereka.

Sekiranya saudara juga adalah salah satu ahli kumpulan tersebut, maafkan saya. Saya cuma mahu Islam yang benar. Saya tak nak jadi bahan bakar di akhirat kelak. Itu sahaja. Saya sangat buntu..

Terima kasih,
Nisa'.
 

Salamun alaikum,

Perjuangan yang dikatakan untuk al-Qur'an, dengan amat bersangkut-paut dengan duit, pada hemat kami, adalah sebenarnya bukan perjuangan untuk al-Qur'an. Al-Qur'an larang main duit atas nama agama.

Mengapa kami ditanya/disyaki "related", kami tidak tahu. Mungkin pengalaman atau input semasa berada di situ jadi penyebabnya. Jika begitu, saudara harus buang segala yang telah diterima sebelum menyentuh al-Qur'an. Jika tidak dibersihkan, kebuntuan yang melanda sukar dihilangkan.

Selalu saja didapati ahli sesuatu kumpulan sangka dirinya sudah dapat petunjuk, atau dapat lebih petunjuk daripada orang lain. Ini dapat dilihat apabila saudara dikategorikan kafir. Kerana apa yang diikuti. Misalan mind set yang tidak bebas, terbelenggu.

Justeru, cuba jangan cari orang atau kumpulan lain untuk diikuti. Sebenarnya saudara tidak perlu cari lagi sebab jalan lurus sudah pun dijelaskan-Nya. Oleh itu bacalah Kitab-Nya dari awal hingga akhir. Selepas itu baca lagi. Dan lagi... Dan ikut. Sebab hanya Dia beri petunjuk, dan Dia memberinya peringkat demi peringkat.

sabarlah, dan dengan duit yang ada, bersedekahlah selalu.

Allah disanjung!

 

17.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman