Buaian
(Kalimat buaian di dalam
al-Qur'an)
From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, August 14, 2011 1:48 AM
Subject:
Salaamun alaikum,Tuan Pengurus Laman,
Semoga tabah menjalani ibadat puasa berserta keluarga.Ingin bertanya mengapa tuan menggunakan terjemah perkataan mihada kepada buaian yang terdapat pada ayat-ayat Quran berikut:
3:206, 3:12, 3:197, 7:41, 13:8, 38:56 dan 78:6
Mengikut sebuah kamus Quran online, buaian (cradle) diguna untuk perkataan mahdi, seperti dalam ayat-ayat berikut:
3:46, 5:110, 19:29, 20:53 dan 43:10.
Semoga tuan dapat beri penjelasannya, terimakasih.
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Alhamdulillah, semua baik. Ramadan tidak membebankan. Terima kasih.
Kami warnakan merah dua nombor ayat di atas, setelah mensyaki kesilapannya ditulis dengan tidak sengaja. Ia dikesan ketika menyemak semua ayat Bacaan mengandungi "buaian" yang diterjemah daripada dua kalimat al-Qur'an.
Dua kalimat tersebut, mahd atau mahdi, dan mihad atau mihada, adalah terbitan daripada (satu) akar kata yang sama iaitu mim ha dal. Ayat-ayat mengandungi kalimat-kalimat tersebut disenaraikan di bawah, berserta makna kalimat yang dalam bahasa Inggeris:
MAHD/mahdi - a cradle3:46. Dia (Isa) akan berkata-kata kepada manusia dalam buaian, dan dewasa, dan akan jadi seorang yang salih."
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
19:29. Maka dia (Mariam) menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?"
20:53. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan turunkan air dari langit, dan dengannya Kami keluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.
43:10. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi sebuah buaian untuk kamu, dan Dia buatkan jalan-jalan untuk kamu di dalamnya, supaya kamu dapat petunjuk,
MIHAD/mihada - a cradle, cradling2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kemuliaan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!
3:12. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, "Kamu akan dikalahkan, dan dikumpulkan ke dalam Jahanam - sebuah buaian yang buruk!"
3:197. Sedikit kesenangan, kemudian tempat menginap mereka ialah Jahanam; sebuah buaian yang buruk!
7:41. Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.
13:18. Bagi orang-orang yang sahut Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahut-Nya - sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka hitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang buruk!
38:56. Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk!
78:6. Tidakkah Kami buatkan bumi sebagai satu buaian,
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 758
Justeru didapati Bacaan turut menterjemahkan mahdi kepada
buaian (cradle) seperti kamus tersebut. Izinkan kami bertanya,
mengapa ia tidak menterjemahkan mihad atau mihada kepada
cradle pula? Sekadar bertanya saja.
Sekali lagi, terima kasih atas keperihatinan sahabat.
Allah disanjung!
15.8.11 (Ramadan)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman