Pengalaman Hidup Seorang Muslimah X
(Ramadan ya Ramadan)

 

From: Sari Nande
Date: 2011/8/6
Subject: Ramadan ya Ramadan
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>


Pengalaman Hidup Seorang Muslimah X
(Ramadan ya Ramadan)


Salamun ‘alaikum,

Selamat bertemu kembali para sahabat yg disayangi, pada bulan yg diberkahi ini saya juga diberkati dgn sedikit ilham untuk berkongsi. Semangat para sahabat juga menyuntik semangat saya untuk terus berjuang membetulkan diri sendiri dan yg disayangi.

*******

Semasa menghadiri kursus Pengkaderan Dakwah Islamiah anjuran MAIS, kami disarankan agar mempelajari agama-agama lain untuk memperkukuhkan kepercayaan tentang Islam. Berdakwah itu wajib, kata salah seorang penceramah keturunan Cina yg dahulu menganut Kristian. Tiga orang lagi penceramah terdiri drp seorang India Muslim yg lahir dan pernah dibesarkan di India, seorang drp kaum India yg dulunya menganut Hindu, dan seorang lagi keturunan Orang Asli yg ibu bapanya masih percayai anamisma dan beliau sendiri tiada pegangan sebelum memeluk Islam. Mereka menerangkan tentang anutan dan kepercayaan agama-agama lain dan membandingkan dengan Islam, dalam menggalakkan kami berdakwah. Yg agak menyedihkan semua peserta, kecuali yg benar (yours truly), adalah penganut ASWJ!

Tapi kita perlulah mempunyai ilmu yg kukuh tentang Islam, kata saya kepada penceramah pertama. Dia tidak setuju. Tidak semestinya kita mempunyai pengetahuan yg mendalam sebelum boleh berdakwah. Menurutnya tiada siapa yg dapat memahami atau menghayati Islam atau al-Quran itu sepenuhnya. Ada benarnya hujah beliau yakni jika kita belajar drp ramai guru (habr-habr) tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan (4:82) yg tentu sahaja mengelirukan. Tetapi jika kita berguru drp Allah Yg Satu yg ajar al-Quran dgn pena, maka pemahaman dan penghayatan itu tidak mustahil.

SempenaRamadan ini saya ingin berkongsi perbandingan antara amalan-amalan dan ajaran-ajaran drp kebanyakan guru [sekutu-sekutu yg ingin jadi tuhan] dibandingkan dgn ajaran Allah yg mengetahui segala sesuatu melalui sebuah kitab(-Nya) yg cukup jelas.


Tarawih

Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke dalam malam, …3:27.

… Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam... 22:61, 31:29,35:13, 57:6.

…menutup siang dgn malam…7:54,13:3.

Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang drpnya, dan tiba2, mereka dalam kegelapan. 36:37.

Dia cipta langit dan bumi dgn benar, menutupi malam dgn siang, dan menutupi siang dgn malam; dan Dia tundukkan matahari dan bulan …39:5.

Demi matahari dan kecerahan duhanya (paginya), Dan demi bulan bila ia mengikutinya, Dan demi siang bila ia mendedahkannya, Dan demi malam bila ia menutupinya! 91:1-4.

Demikianlah ayat-ayat yg menerangkan bahawa Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, …36:40. Namun kebanyakan masyarakat ‘Islam’ bersepakat untuk menyambut Ramadan ˝ hari sebelumnya dgn menunaikan sembahyang Terawih. Maka penuh sesaklah masjid dan surau. Masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan fadilat malam pertama supaya, “Diampuni dosa orang-orang yg beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.”

Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda:“Sesiapa yg kerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yg lampau.”

Tanpa mereka sedari, mereka telah terlepas drp merebut ganjaran yg dijanjikan sekutu-sekutu mereka iaitu fadilat Tarawih pd malam ke-30, Allah S.W.T akan beri penghormatan kepada orang yg bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (ygbermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yg Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yg bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yg dikurniakan kepada NabiMuhammad s.a.w. yg bernama Al-Kautsar.

Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yg nyata. 4:50.

Dan siapakah yg lebih zalim drp orang yg mengadakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kpd aku ia diwahyukan"; padahal tiada yg diwahyukan kpdnya, atau orang yg berkata, "Aku akan turunkan yg serupa dgn apa yg Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang2 yg zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat2 menjulurkan tangan2 mereka,"Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dgn azab yg menghinakan kerana kamu kata yg tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat2-Nya." 6:93.

Sesiapayg mengadakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang2 ygzalim. 3:94.

Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang2 yg mendustakan! Diulang 10 kali dlm surah 77.


Puasa Ramadan

Bulan Ramadan yg padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti2 yg jelas drp Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang2 antara kamu yg menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapayg sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan drp hari-hari yg lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kpd kamu supaya kamu berterima kasih. 2:185.

…Dan makan dan minumlah, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, …2:187.

Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yg turunkan kpd kamu Kitab yg cukup jelas; dan orang2 yg kpd mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan drp Pemelihara kamu dgn yg benar; maka jangan kamu termasuk orang2 yg ragu-ragu.6:114.

Tapi kebanyakan orang ‘Islam’ masih ragu-ragu, cari sebarang hakim selain Allah, membelakangkan Kitab yg cukup jelas itu.

Makan sahur mereka terhenti apabila masuk waktu imsak, bukan seperti yg diajar, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu drp benang hitam, pada fajar.

Ketika muazzin melaungkan azan [menyeru Allahu Akbar dan syahadah yg diajar Abu Hurairah] pemuasa-pemuasa bergegas ‘membatalkan’ puasa yg mereka pertahankan sehari suntuk menjelang beberapa minit sahaja lagi untuk disempurnakanlah puasa sampai malam.


Puasa Syawal

Kemudian disambung pula dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal. Kerana menurut sekutu-sekutu mereka,

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalumenyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya)seperti ia berpuasa selama satu tahun. (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu 'alaihi wasalllam bersabda: "PuasaRamadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat IbnuKhuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Firman Allah,

Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yg mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, ygdgnnya Allah tidak mengizinkan? Jikatidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orangyg zalim, azab yg pedih. 42:21.

Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang2 yg mendustakan! (Yg Diutus).


Membaca al-Quran

Pada setiap bulan Ramadan berkumandanglah bacaan-bacaan ayat-ayat suci di mana-mana. Jika di masjid dan surau mereka bertadarus, dirumah dibantu oleh teknologi terkini mereka bertadarus menggunakan komputer.

Malangnya apa yg ditaati adalah ajaran berikut:

Selain ayat Quran juga banyak hadits nabawi yg menganjukan kita untuk membaca Al-Quran, tanpa menekankan pentingnya kita mengerti maknanya.

Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yg membacaAl-Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yg tidak membaca Al-Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yg membaca Al-Qur`an bagaikan buah raihanah yg baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yg tidak membaca Al-Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit."(HR Bukhari dan Muslim)


Syafaat

Dari Abu Umamah Al-Bahili tberkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Bacalah Al-Qur`an!, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (HR Muslim)

Diberi Pahala per Huruf

Dan semakin tegas lagi pentingnya membaca Al-Quran ketika Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata bahwa Rasulullah SAW berkata, "Barangsiapa yg membacasatu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf."(HR At Tirmidzi dan Hadits hasan shahih).

Maka tidak hairanlah ramai yg lebih suka mengutip pahala drp memahami perintah Allah.


Solat

Habr ini merumuskan penemuan berikut jadi sebagai dalil bahawa benarlah shalat wajib dalam sehari semalam itu lima waktuatau sebanyak 17 kali rakaat.

Tahukah anda..? Kata kerja perintah (fi'l al-amr) "aqim" atau "aqimu" (dirikanlah) yg diikuti dengankata "shalat" disebut sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah rakaat shalat fardhu (17 rakaat). Yg mendukung hal demikian, adalah juga disebutkannya kata "fardh" dengan berbagai turunan katanya yg disebut sebanyak 17 kali rakaat shalat wajib dalam sehari semalam, yg juga sama dengan jumlah rakaat shalat fardhu. Ayat-ayat yg memuat kata shalat yg digabungkan dengan kata kerja perintah "aqim" atau "aqimu"tersebut adalah sebagai berikut:

1. (2:43), 2. (3:83), 3. (2:110), 4. (4:77), 5. 4:103), 6. (6:72), 7. (10:87), 8. (10:78), 9. (17:78), 10. (20:14), 11. (22:78), 12. (24:56), 13. (29:45), 14. (30:30), 15. (31:18), 16. (58:13), 17. (73:20).

[Semuanya disertakan dgn nama surah dan maksud ayat yg telah saya padamkan. Bagi #8. (10:78) petikan ayat yg diberi ialah: Dan aqimu shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada sebahagian permulaan malam ... (Yunus: 78).]

Dalam keghairahan menyebarkan sangkaan dan dugaan tersebut, mereka terus cut & paste ke blog, website atau FB mereka dgn sangkaan dan dugaan sahaja ia adalah benar. Ironinya maksud ayat itu adalah petikan drp 11:114. perintah sebenar yg membatalkan sangkaan dan dugaan mereka itu.

Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatanbagi orang2 yg mahu ingat. 11:114.

Maka,

Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu drp jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan. 6:116.

Kerana 17 rakaat atau lima waktu itu bukan datangnya drp perintah Allah melainkan dia ada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? … 34:8.


Wanita & Ciptaan

Firman-Nya, Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku. 51:56.

Dan … Kamu tidak lihat pada ciptaan YgPemurah sebarang ketidaksempurnaan. …67:3.

Kerana, Sesungguhnya Kami cipta manusia dalam bentuk yg paling baik, 95:4.

Tetapi manusialah yg telah menghasut mendustakan bahawa ciptaan Allah itu cacat dan tidak sempurna hinggakan ketidaksempurnaan itu dikatakan boleh menghalang mereka drp laksanakan tujuan mengapa manusia itu dicipta.

Malang sungguh nasib kaum Mariam (meminjam istilah sahabat oniesaifura] yg terpaksa tinggalkan segala persembahan kpd Allah, solat, puasa, membaca al-Quran hanya kerana mereka dianggap kotor apabila kedatangan haid atau keuzuran. Yg mana sebenarnya yg uzur hanyalah minda mereka yg telah dirasuk oleh dakyah tuhan-tuhan mereka seperti berikut:

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yg dalam haid dan nifas diharamkan kerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudrir.a. yg ceritakan; Nabi s.a.w.telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh kerjakan solat dan berpuasa?”.Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan keatas orang yg berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yg ceritakan Rasulullah bersabda;"Janganlah wanita dalam haid dan orang yg berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran" (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yg berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

3. Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yg dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang samasekali membaca al-Quran.

Siapakah Nabi dan Rasulullah tersebut? Adalah mustahil dia itu Nabi Muhammad. Kerana ia bertentangan dgn apa yg Nabi Muhammad sampaikan:

Lelaki yg muslim dan perempuan yg muslim, dan lelaki yg mukmin dan perempuan yg mukmin, dan lelaki yg patuh dan perempuan yg patuh, dan lelaki yg benar dan perempuan yg benar, dan lelaki yg sabar dan perempuan yg sabar, dan lelaki yg rendah hati dan perempuan yg rendah hati, dan lelaki yg bersedekah dan perempuan yg bersedekah, dan lelaki yg berpuasa dan perempuan yg berpuasa, dan lelaki yg menjaga kemaluan mereka dan perempuan yg menjaga, dan lelaki yg mengingati Allah dgn banyak dan perempuan yg mengingati – bagimereka, Allah sediakan ampunan dan upah yg besar. ­33:35.

Tidaklahpatut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yg nyata. 33:36.

Oleh itu Allah mengingatkan:

Wahai orang2 yg percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yg sesat tidak mudaratkan kamu jika kamu dapat petunjuk yg benar. Kpd Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan beritahu kamu apa kamu buat. 5:105.

Itu petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dgnnya kpd siapa yg Dia hendaki drp hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang2 yg menyekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yg mereka telah buat. 6:88.

Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dgn kesesatan; mereka ambil syaitan2 sebagai wali2 (sahabat2), selain drpAllah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk." 7:30.

Ya Allah, Yg Pemurah,Yg Pengasih,

Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kpd Engkau, dan drp keturunan kami, umat yg muslim kpd Engkau; dan perlihatkan kpd kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah YgMenerima Taubat, Yg Pengasih. 2:128.

Semoga paparan saya kali ini bermanfaat. Seperti sahabat-sahabat yg lain saya ingin membetulkan rumah sendiri dahulu sebelum membetulkan rumah orang lain. Jangan jadi seperti kata peribahasa, tukang rumah – rumah sendiri kopak-kapik, tukang jahit – baju tak siap, tukang periuk bertanak di tembikar.

Sekian. Terima kasih.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Sedih jugak ketika membacanya memandangkan betapa rendahnya mereka letak ayat-ayat Tuhan - Tuhan kita dan Tuhan mereka juga - dan melihat semangat juang kaum Mariam yang berterusan, demi membetulkan, yang kami diberi kesempatan untuk menyaksikan (alhamdulillah!) dengan jelas.

Allah disanjung!

8.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman