OFFER LETTER AND JOB FUNCTION!
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, August 5, 2011 12:35 AM
Subject: OFFER LETTER AND JOB FUNCTION!
Salamun a'laikum..
Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.
51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.
Jelas sekali firman Allah diatas adalah sebab2 mengapa jin dan manusia diciptakan Nya. Pada pendapat saya Sembah dan solat adalah 2 frasa berbeza maksud dan perlaksanaan nya. Sembah menjurus kepada ketaatan, manakala solat adalah doa. Solat selalu dijadikan prinsip utama sebagai hamba, tetapi kita lupa bahawa ketaatan kita luput entah kemana.. anak2 dipaksa dlm lakukan solat sehingga mengabaikan ketaatan dlm konteks kehidupan menyeluruh. Secara tidak langsung tenggelamlah ikrar "Hanya Engkau yg kami sembah, Dan Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan"
Rentetan frasa sembah dan solat yg disama ertikan itu buat golongan manusia kian leka dengan apa tugas utama sebagai hamba yg diciptakan. Golongan Jin tidak perlu lah dikaji perlaksanaan mereka, kerana mereka juga ada pemberi peringatan dikalangan mereka.
25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.
Tiada mutasyabihat didalam firman Nya diatas, jelas tugas hamba yg diciptakan Nya. Tetapi perlu juga diingat dengan PEMBEZA manakah yg kita bawa untuk diberi amaran bagi semua alam? Pembeza dari manusia atau dari Tuhan? Tepuk dada tanya akal..
Dewasa ini manusia hidup diarus kemodenan, berdiri duit, duduk pun duit sehinggakan golongan yg menegakkan sunnah nabi berlumba2 mengaut keuntungan dalam menegakkan agama. Menjual ayat2 Allah kesana kemari meminta upah. Apakah mereka terlepas pandang perlaksanaan nabi didalam kitab Allah? Atau ada ajaran nabi mereka yang baru buatkan mereka berlumba2 menjalankan sunnah.
"Kamu (Muhammad) tidak minta upah untuknya; ia tidak lain hanya peringatan bagi semua alam." (12:104)
"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.'" (25:57)
"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu.'" (34:47)
Kalau muhammad dan nabi-nabi lain tidak minta upah dalam sampaikan perintah-perintah Tuhan, kita siapa?? Atau darjat kita melebihi muhammad? Hamba tetap hamba... Mana mungkin seorang hamba menjual firman2 Allah untuk menampung kehidupan dunia.. Kalau Muhammad dikatakan berniaga untuk sebagai punca rezeki, mengapa kita semudah itu mengumpul harta dengan menjual firman-firman Tuhan? Tertegakkah sunnah Muhammad? Mungkin juga tertegak tetapi tegaknya bukan berdasarkan PETUNJUK Tuhan.
Itu lah hakikatnya jika sesuatu perlaksanaan manusia tertakluk pada manusia bukan pada Allah. Seakan2 dari Allah tetapi bukan dari Allah.
Seumur hidup ibadah yg ditonjolkan hanya didalam skop rukun. Tugas yang sebenar sebagai hamba terselindung disebalik rukun.
Nilai-nilai kan lah "OFFER LETTER AND JOB FUNCTION" kita sebagai hamba dimuka bumi Nya.
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Tajuk dalam bahasa Orang Putih pulak! Tapi difahami, segala-galanya. Kecuali orang-orang yang tidak mahu ambil satu jalan kepada Pemeliharanya, iaitu yang terus ambil upah dalam sampaikan agama dan yang terus beri upah kepada mereka yang sampaikan, yang diikuti. Padahnya, mereka semua tidak dapat petunjuk yang benar. Firman Tuhan,
"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)
Terima kasih, Puan.
Allah disanjung!
5.8.11 (Ramadan)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman