Kata Arah & Kata Lawan Seawal Darjah Satu Lagi!

 

From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, July 7, 2011 4:49 AM
Subject: KATA ARAH & KATA LAWAN SEAWAL DARJAH SATU LAGI !
 

Salamun a'laikum..

Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.

6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa."

Berputar lagi bola minda ini, tetapi kali ini terasa laju sedikit.. Mungkin disokong oleh pendengaran Dan penglihatan. buatkan kulit juga terasa ingin bekerjasama untuk menjadi salah satu saksi Kelak.

Frasa "inilah jalan-Ku, lurus" didalam WASIAT TUHAN diatas, merujuk kepada KATA ARAH. Yg diajar sejak dibangku Sekolah rendah, didalam matapelajaran BAHASA MALAYSIA. Malahan Seawal darjah 1 lagi sudah diterapkan. Agar anak2 dapat bezakan arah Dan tempat yg tepat mencari sesuatu apabila diberi arahan tertentu. Mengikut kehendak si pemberi arahan.

Tetapi pelik nya apabila anak2 itu mulai dewasa dan mempunyai bola minda untuk memikir, KATA ARAH yg dipelajari dr bangku Sekolah tadi hilang entah kemana? Seakan2 tidak faham arahan dan kehendak ayat. Maka diubah frasa "ini" kepada "Itu" KATA ARAH YG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK si pemberi arahan.

Dalam konteks agama juga perlu memandang serius sesuatu yg kita terlepas pandang atau menganggap remeh selama ini.. Agar sejajar anutan kita selama ini disisi Pencipta kita (Allah).

3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - "Kami hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah" - sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

Jika agama Itu kepunyaan Allah, sudah tentu undang-undang nya pun kepunyaan Dia! Mana mungkin undang-undang agama Nya diberi kepada manusia untuk menentukan sendiri! Apakah ada kekurangan pada sifat Allah? sehinggakan manusia sendiri buat pencaturan dan buat akta lain, dalam kitab PETUNJUK yg lain, selain akta Allah didalam PETUNJUK Nya iaitu Al-Quran.

7:185. Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur’an), akan percayai?

31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?

56:81. Apa, adakah kamu anggap hadis ini rendah?

77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?

Dimana nilai nya agama anutan kita yg kita bangga2 kan kita ini sebagai umat Islam, berpewatakan pula serupa kaum arab, adakala lidah melontarkan perkataan pun serupa kaum arab, sedangkan akta Tuhan kita perlekehkan dengan pelbagai dalil. Sehinggakan Al-Quran dipandang sesat Dan pelbagai lagi tohmahan Tanpa patut!

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Ayat Nya diseru KHAS untuk orang2 percaya..

Tetapi Kiranya Ada para pelawat laman makanan rohani ini yg tidak percaya pada Kitab Nya, yg baru berfungsi bola minda nya sejak terjumpa laman ini. Mungkin selama ini tidak nampak kebenaran Al-Quran kerana Al-Quran dirumah anda letak nya diatas Almari yg tinggi, atau didalam tabut besi. Untuk menjaga kesucian nya, sehinggakan semut Dan anai2 yg untung membaca nya. fikir2kan lah agama anda dan keturunan anda.. Apakah anda sanggup tinggalkan anak2 yg lemah dibelakang Selepas anda wafat? Ditipu dgn akta yg bukan dari Allah.

Masuk Islam secara keseluruhan, Jangan ambil sebahagian Dan tinggalkan sebahagian Akta Tuhan. jangan ikut langkah2 syaitan yg kita sendiri nampak (nyata) kewujudan nya. Beri kesempatan pada hati untuk memikir seperti mana akal berfungsi..

Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Gembira apabila melihat peringatan diberi dengan tanpa jemu - sejajar dengan pendekatan terdapat di dalam al-Qur'an di mana ia diulang-ulangi. Sila lihat ayat-ayat di bawah (terima kasih):

6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.
6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa unuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau unuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham.

6:104. Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku bukan penjaga kamu.
6:105. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu telah pelajarinya"; dan supaya Kami jelaskannya bagi kaum yang tahu.
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; tetapi ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.

20:113. Begitulah Kami turunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.

Sekian.

Allah disanjung!

9.7.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman