Kahwin Empat

 

From: my-sonata
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, June 15, 2011 12:19 AM
Subject: Perempuan-perempuan Baik
 

Salamun Alaikum

Diharap Tuan dan Ahli keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.

Disini saya ingin bertanya mengenai ayat ketiga dari surah Annisa' yang menyentuh tentang perempuan-perempuan yang baik yang boleh dikahwini, dua,tiga dan empat. Persoalannya ialah siapakah mereka? Adakah mereka anak-anak yatim atau ibu-ibu mereka atau perempuan secara Am?

Menurut terjemahan dari submission.org, perempuan2 itu ialah ibu-ibu kepada anak-anak yatim. Perkara ini juga yang menimbulkan Hukum Syariat tentang kahwin empat! Justeru itu diharap Tuan dapat beri penjelasan. Terima Kasih. Salam.

Be True To Yourselves.....Peace!


Salamun alaikum,

Terima kasih, Alhamdulillah, semua baik. Begitu juga untuk sahabat dan keluarga hendaknya.

Kalau tidak silap laman web itu mengguna terjemahan Dr. Rashad Khalifa, yang menterjemah ayat tersebut seperti berikut (menurut edisi yang kami miliki):

"If you deem it best for the orphans, you may marry their mothers - you may marry two, three, or four of them...." (4:3)

Apabila disemak dengan teks asal al-Qur'an, terjemahannya didapati mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya berada di situ. Perkataan tersebut dikasarkan pada terjemahan di atas, yang bermaksud ibu-ibu mereka, dan diletak di situ atas pendapat penterjemah sahaja.

Untuk meneruskan perbincangan adalah baik untuk turunkan ayat di atas dalam bahasa Melayu pula, berbunyi seperti di bawah:

4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.

Disebut untuk dikahwini adalah perempuan-perempuan, iaitu, menurut hemat kami, anak-anak yatim yang perempuan, yang seterusnya disamakan dengan "tangan-tangan kanan kamu miliki".

Sila lihat terjemahan literal bahagian tersebut bagi ayat berkenaan:

Wa-in (Dan jika) khiftum (kamu takut) alla (bahawa tidak) tuqsithuu (kamu berlaku adil) fil yataamaa (dalam/terhadap anak-anak yatim) fankihuu (maka kawinilah) maa thaaba (apa yang baik/senangi) lakum (bagimu) minan nisaa-i (dari perempuan-perempuan) matsnaa (berdua) watsulaatsa (dan bertiga) .......... (kitab Lafzhiyah).

Apabila disusun semula Melayunya ia berbunyi,

Dan jika kamu takut bahawa tidak kamu berlaku adil dalam/terhadap anak-anak yatim maka kawinilah apa yang baik/senangi bagimu dari perempuan-perempuan berdua dan bertiga .........

Mereka dikahwini supaya dapat berlaku adil terhadap mereka. Maka perempuan yang dikahwini sehingga seramai empat orang adalah daripada golongan anak yatim menurut ayat yang ditanya.

Sekian pendapat kami atas soalan yang dikemukakan. Sila betulkan jika kami tersilap. Terima kasih.

Allah disanjung!

16.6.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman