Salamun a'laikum,
Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta
kebenaran dan khususnya kepada para pelawat laman makanan rohani ini..
Manusia semua sedia maklum bahawa,
40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah,
kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah,
kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu
jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu
sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
Keluarga Imran diambil oleh Allah agar jadi contoh terbaik di dlm
membentuk sebuah carta keturunan manusia. Agar matlamat sebagai manusia
sampai kepada matlamat kesejahteraan. Sejahtera didalam melunaskan
tanggungjawap sebagai hamba Nya.
Amat tersentuh hati ini tiap kali merenung bait2 seruan Allah
dibawah, sedu sedan di dada tidak dapat digambarkan dgn kata2.
3:102. Wahai orang-orang yang percaya,
takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati
melainkan dalam kemusliman.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali
Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan
rahmat Allah ke
atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati
kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara.
Kamu di pinggir
lubang Api, dan Dia
selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada
kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
Seruan berisi tanggungjawap sebagai hamba yang benar2 yakin Dan
berbakti kepada pemeliharaNya..
Seruan "BERPEGANGTEGUHLAH KAMU PADA TALI ALLAH.."
Frasa "tali" pada pendapat sy adalah perhubungan. Tali menghubungkan
sesuatu kepada sesuatu. Hubungan Allah dan hamba Nya perlukan pertalian
(al-Quran), suami isteri
diikat dgn tali perkahwinan, adik beradik diikat dgn pertalian darah,
sehinggakan manusia sesama manusia tidak kira bangsa pun Allah ikat dgn
persamaan kumpulan darah, Agar manusia berlumba2 didalam buat kebaikan diatas rahmat Allah tadi..
Jadi persoalannya:
1- dgn tali yg manakah kita semua berpegangteguh? Tali daripada Allah
atau tali daripada manusia?
>>Sekiranya tali dari Allah yg kita semua berpegangteguh, maka akan
terselamatlah kita dan seluruh keturunan kita.
Seruan "JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH.."
Frasa "berpecah belah" pada pendapat sy adalah sesuatu pecahan yg sukar
untuk dicantumkan semula. Perumpamaan manusia sekarang yg terlalu banyak
perpecahan ideologi dikalangan bani melayu khususnya. Sehingga wujud nya
PERMUSUHAN dan PERPECAHAN pendapat. Rentetan itu buatkan manusia lupa
RAHMAT, dan fungsi sebagai HAMBA yg dicampakkan kebumi ini. tegahan dan
suruhan Allah sering diabaikan...
Persoalannya ; adakah wajar kita dipanggil
IBU BAPA, PEMIMPIN
keluarga Dan organisasi yg baik Sekiranya tegahan dari Pencipta pun kita
kianati?
Jadi!! tak usahlah kita idam2kan anak2 dan orang2 bawahan yg menurut
perintah dan tegahan kita.
Ibarat ketam ajar anak berjalan betul...
Pengalaman:
Mungkin saya melihat dari skop yg kecil dan idea yg tampak keanak2kan,
pengalaman lalu ajar kami suami isteri mengenal RAHMAT Allah dengan
berAlquran. Dengan "disatukan hati" kami Lebih mudah mengatur hidup,
lebih mudah laksanakan tanggungjawap sebagai hamba di muka bumiNya ini
bersama. Semua Itu daripada Nya..
Agama Dan fahaman nenek moyang yg ambil AlQuran sebagai sesuatu
yg tak diendahkan, akan terus buatkan manusia jenerasi sekarang
mahupun jenerasi akan datang terheret "TEPI JURANG NERAKA". Maka dengan
Tali (al-quran) ini, Dia beri Rahmat kefahaman kepada manusia agar
manusia dapat diselamatkan seorang demi seorang walaupun nisbahnya
sedikit..
INGATLAH!!
3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah
Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak
berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana
angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada
ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
Imran dan keluarganya telah perbuat, selamatkan keturunan demi
keturunan dgn tali Allah.. Keluarga anda dan keluarga2 lain yg ada di
negara ini, bagaimana?
2:141. Itu umat yang telah berlalu; baginya
apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan;
kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.
Seruan Allah adalah penyeruan kepada kesejahteraan kekal, tiada yg
mendustakan seruan Nya selain iblis laknatullah.
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami
bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah
dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?
45:7. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar
yang berdosa,
45:8. yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
kepadanya, kemudian berterusan dalam kesombongan, seakan-akan dia
tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang
pedih.
45:9. Dan apabila dia tahu sesuatu
daripada ayat-ayat Kami, dia ambilnya dalam olok-olokan; mereka itu,
bagi mereka, azab yang hina.
45:10. Di belakang mereka Jahanam; dan apa yang
mereka telah usahakan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun,
dan tidak juga yang mereka ambil sebagai wali (pelindung), selain
daripada Allah; bagi mereka, azab yang besar.
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat. Pasti bertemu pencipta mu.
Allah disanjung!