Nikmat, nikmat, nikmat!!
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, June 8, 2011 3:24 AM
Subject: Nikmat, nikmat, nikmat!!
Salamun a'laikum..Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, khususnya para pelawat laman makanan rohani ini.
Semoga persingahan kita di laman ini dapat hidupkan sel-sel baru cerebrum agar bola minda yg lama terhenti mampu memproses agenda2 tepat dan santapan terbaik untuk hati dengan hidangan daripada Allah.
Bicara kali ini berkisar tentang NIKMAT, RAHMAT, PEMBERIAN. Adalah ayat yg mempunyai satu maksud dan perlaksanaan.
Surah pembukaan, awal2 lg manusia dh diajar meminta.. Minta dlm ketidakpastian. Entah iya, entah tidak.. Yg penting mintak dulu, laksanakan? belakang cerita..
1:6. Tunjukkan kami jalan lurus,
1:7. Jalan orang-orang ke atas mereka Engkau rahmati, bukan orang-orang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.
Frasa "mereka" itu merujuk kepada siapa? Ayat dibawah adalah merujuk kepada frasa "mereka" yg kita idam2kan untuk dapat rahmat seperti "mereka".
4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!
Persoalannya:
1) Taatkah kita seperti "mereka"?
2) kategori2 Manusia yg Allah rahmati diatas, mereka dh perbuat. Untuk kamu, apa yang kamu perbuat?
2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,
Ayat diatas merujuk kepada bani israil, skrg bani israil telah lenyap lalu digantikan umat baru sesudah bani israil, iaitu bani melayu. Keberuntungan bani melayu terhadap pemahaman isi kitab lebih jika dibandingkan dgn bani2 lain. Byk juga kelebihan2 lain yg Allah berikan pada bani melayu khususnya dinegara ini.
8:53. Itu adalah kerana Allah tidak akan ubah rahmat-Nya yang Dia anugerahkan satu kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri-diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang zalim.
25:50. Sesungguhnya Kami mengulang-ulanginya di kalangan mereka supaya mereka mengingati; namun begitu, kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
Adakah nikmat yg acap kali kita tagihkan dr Allah itu berupa harta yg melimpah ruah, pangkat yg menjulang, zuriat yg ramai, syahwat yg menggunung
kesemuanya telah dipenuhi oleh Pengatur mu!
55:1. Yang Pemurah,
55:2. Mengajar al-Qur'an.
55:3. Dia cipta manusia,
55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.
55:13. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:16. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:18. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:21. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:23. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:25. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:28. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:30. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:32. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:34. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:36. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:38. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:40. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:42. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:45. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:47. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:49. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:51. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:53. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:57. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:59. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:61. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:63. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:65. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:67. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:69. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:71. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:73. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:75. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
55:77. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?harta yg melimpah ruah, pangkat yg menjulang, zuriat yg ramai, syahwat yg menggunung, makan dan pakai sempurna.. kalau ini yg kita kategorikan sebagai nikmat utama hidup.. Jadi tanyalah diri kita pernahkah Kesemua nikmat ini kita dustakan?
Apakah sengaja Allah mengulangi 31 Kali pertanyaan yg sama Sebagai omongan kosong?
Ubah hala, andainya dihadapan kita terbentang simpang siur nya laluan.. Demi pengakhiran sebuah kehidupan.. Nikmat, nikmat, nikmat!
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi lagi sampaikan pandangan yang pada hemat kami harus direnungkan.
Surah ke-55, Ar-Rahman (Yang Pemurah), sungguh menarik. Pertama disebut mengenai al-Qur'an yang diajar-Nya. Kemudian disebut pula ciptaan-Nya yang lain seperti matahari, bulan, bintang, pokok, buah-buahan dan sebagainya, sebelum bertanya tentang pemberian-Nya yang mana manusia dustakan. Pertanyaan itu diulangi sebanyak sudah dikira di atas, dan setiap kali sebelum bertanya Dia jelaskan apa yang diberi-Nya kepada manusia, termasuk di akhirat. Dan apa yang diberi-Nya tidak sanggup didustakan oleh manusia kecuali yang pertama disebut, iaitu al-Qur'an.
Perkataan mendustakan selalu dikait dengan ayat-ayat-Nya atau yang berkaitan. Begitu juga dengan perkataan pemberian di situ, berkaitan juga dengan ayat-ayat-Nya. Selain daripada disebut pada ayat-ayat pertanyaan tadi ia terdapat pada tiga ayat lain, yang dapat dilihat kaitannya, secara langsung atau tidak, dengan ayat-ayat Allah, dan mereka berbunyi,
7:68. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
7:76. Berkata orang-orang yang sombong, "Bagi kami, kami tidak percaya kepada apa kamu percaya." dan,53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?
53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.
Justeru itu, kami setuju bahawa nikmat atau pemberian yang tiada tandingan dengan lain yang diberi ialah ayat-ayat Allah atau al-Qur'an yang diajar-Nya. Ia semestinya tidak didustakan mahupun diragui.
Terima kasih.
9.6.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman