Ingat jangan Tak Ingat!
From: oniesaifura
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, May 18, 2011 7:58 PM
Subject: Ingat Jangan tak ingat!
Salamun a'laikumKepada sahabat2 pengurus jalan Allah, Dan pelawat2 laman makanan rohani ini.
2:200 Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, Ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "wahai pemelihara kami, berilah kami didunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.
Sedikit persoalan tentang ayat tersebut terlintas di fikiran sejak 3 hari lepas untuk di kongsikan bersama. Bapa, ibu, anak, harta dan perniagaan sering berputar di bola minda manusia dlm tempuh 18 jam dlm sehari setelah ditolak waktu tidur 6 jam, bg mereka yg tidur lebih, sila kira sendiri.. Tetapi brapa minit yg telah kita beri kesempatan pada minda kita untuk memikirkan Allah dan nikmat yg diturunkan kepada manusia selama ini? Mungkinkah Hanya dlm solat sahaja terfikirkan Dia?
Bagaimana dgn tugas tetap kita (HAMBA)?
Terbela kah agama Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhamad yg lurus ini andai masa berbelas jam kita dipelopori oleh semata-mata kepentingan kita untuk mengaut kesenangan sementara..? Sehingga kesenangan yg abadi ke tolak tepi.
Ingat! Tiada bahagian kita diakhirat, sekiranya minta dunia sahaja sehingga lupa kerja2 akhirat. Atau.. Manusia kian alpa bahawa tugas hamba bukan tertakluk pada rukun islam sahaja.
Satu Tuhan, satu Kitab, satu umat... Pasti bertemu pencipta mu.!!
Allah disanjung!
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Peringatan tentang "tiada bahagian di akhirat" harus diambil berat. Ia bermaksud duduk di neraka selama-lamanya.
Perkara-perkara yang dikatakan sering berputar di bola minda manusia itu akan terus berputar selagi manusia hidup di dunia ini. Namun, mereka tidak seharusnya dibiar untuk mendatangkan mudarat, kerana Peringatan mengenai mereka ada disebut di dalam al-Qur'an. Peringatan daripada Allah itulah seharusnya diingat bersama, atau diutamakan, tatkala mereka berputar-putar di minda.
Kalau tidak, mereka jadi seakan bisikan syaitan yang menguasai, yang buat Peringatan Allah dilupakan, lalu orang-orang yang dikuasai jadi orang-orang yang rugi. Firman Allah,
"Syaitan telah menguasai mereka, dan jadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:19)
Tidak pula bagi orang-orang bertakwa, yang takut kepada Tuhan, apabila kunjungan seperti itu menyentuh mereka, mereka ingat Peringatan-Nya, dan kemudian mereka dapat melihat dengan jelas akan perkara-perkara yang memutar minda mereka (seperti bapa, ibu, anak, harta dan perniagaan yang telah dicontohkan). Iktibar diambil daripada firman berbunyi,
"orang-orang bertakwa, apabila kunjungan syaitan sentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat." (7:201)
Allah sentiasa diingati, di dalam diri, dengan rendah diri dan rasa takut, atau ayat-ayatnya sentiasa diingati, bukan sahaja semasa lakukan solat, malah dalam semua keadaan lain. Demikianlah pelajaran didapati daripada ayat-ayat berbunyi,
"Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut," (7:205)
"Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu." (4:103)
Hidup di dunia memang sibuk dengan urusan dunia, seperti mencari rezeki, dan urusan lain. Namun, Allah atau nama-Nya, diingati dengan banyak, dan bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan menuruti ayat-ayat-Nya, supaya hidup tidak terjerumus ke dalam kerugian yang kekal. Firman Allah,
"Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung." (62:10)
"Sesungguhnya pada siang hari kamu ada pekerjaan yang panjang. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh." (73:7-8)
Sebenarnya Allah tidak melarang meminta dunia, tapi harus diminta dengan baik, bersama permintaan untuk akhirat, seperti ditunjukkan dalam doa berbunyi,
"Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)
Maka minda manusia tidak seharusnya diputar-putar untuk dunia sahaja. Ingat jangan tak ingat!
Allah disanjung!
20.5.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman