Perkahwinan Hari Ini

 

From: muhammadaizuddin
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 26, 2011 12:47 PM
Subject: Fw: Perkahwinan


Anak bergelar luar nikah lahir daripada perbuatan zina. Zina adalah lawan bagi apa yang dikatakan "ikatan perkahwinan", seperti disebut di dalam ayat-ayat berikut:

"... Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina." (4:24)

"... Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzina, atau ambil sebagai teman rahsia," (4:25)

"Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi." (5:5)

Tiga kali Tuhan sebut mengenai ikatan perkahwinan dan bukan dalam zina. Kahwin, jangan berzina, itu mesej-Nya! Lantaran itu, boleh jadi kerana adat perkahwinan yang diadakan dan kos yang membebankan mendesak sesetengah pasangan lakukan zina demi memenuhi kehendak mereka.

Jika angka bilangan anak berkenaan dikatakan banyak (21.5 kes sehari sedekad lalu), maka diduga bilangan orang Islam yang berzina dalam sehari dewasa ini adalah jauh lebih banyak lagi. Walhal, Tuhan, dengan keras melarangnya:

"Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat." (17:32)

Zina adalah satu kesumbangan, dan jalan yang jahat. Ia juga dilarang daripada didekati - pendek kata, tak usah difikirkan tentang tu langsung!


Salamun alaikum.

Jadi menurut tuan bagaimana mahu berkahwin sedangkan ibu bapa wanita yang ingin dikahwini ingin mengikut cara diluar Al-Quran? Tidakkah itu jadikan diri lelaki yang ingin berkahwin dari ikut Quran ke ikut di luar Quran?

Pada saya, kahwin saja mengikut Quran, atas pengertian lelaki dan wanita itu ikut Quran bukan di luarnya. Jadi soal meminta izin kepada ibu bapa wanita yang mengikut di luar Quran, tidak lah menghalang lelaki dan wanita untuk berkahwin. Tuhanlah sebagai saksi perkahwinan bukan ibu bapa yang ikut di luar Quran.


Mohon diperbaiki dan dibincangkan masalah ini..

Salamun alaikum..


Salamun alaikum,

 

Terima kasih. Setelah membaca kandungan emel di atas, kami menulis kepada pengirim bertanya apa yang beliau maksudkan dengan frasa "di luar Quran" lalu dijawab seperti berikut:

 

From: muhammadaizuddin
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, April 28, 2011 10:52 AM
Subject: Re: Perkahwinan

cara diluar Quran: mengikut budaya melayu yang perkahwinan memerlukan sumber kewangan yang banyak. sehingga ada yang tidak mampu terus berzina. @ mengikut hadith rekaan, yang memerlukan tok kadi, saksi dan perlu bayar perkhidmatan mereka. Quran hanya: persetujuan dari bapa kan? tidakkah itu mudah? Maaf jika tidak menyertakan tulisan yang berkenaan.. salamun alaikum..

 

Maaf, kami tidak begitu setuju dengan pendapat saudara kerana perkahwinan menurut al-Qur'an tidak semudah itu. Daripada ayat-ayat yang saudara tampilkan ia tidak menunjukkan begitu apabila dua frasa yang terkandung di dalamnya, iaitu ikatan perkahwinan dan izin keluarga mereka, direnungkan sekali lagi.

 

Ikatan perkahwinan, menurut pendapat kami, bermaksud kontrak atau perjanjian perkahwinan. Perjanjian harus didokumenkan, dan seperti kontrak dalam perniagaan (2:282) - sekiranya mahu ambil iktibar daripadanya - ia harus disaksikan oleh dua orang. Dokumen perjanjian ini penting, bukan sahaja untuk menginap di hotel tempatan (heh..heh) tetapi dalam urusan penceraian. Di dalamnya juga disebut dua orang saksi. Ayat bersabit berbunyi,

 

"Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh (ajal) mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar," (65:2)

 

Seperti itu dengan izin keluarga. Ia harus didokumenkan kerana terlibat dalam ikatan perkahwinan. Cakap hari ini mungkin tidak sama dengan hari esok. Akan tetapi, apabila ia dihitam-putihkan maka sebarang perubahan tidak mungkin dapat dilakukan.

 

Perkahwinan adalah atas orang yang mampu. Firman-Nya, "Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya" (24:33). Sekiranya lamaran disyaki menemui permintaan atas upah atau hantaran yang bakal diberi kepada orang dikasihi itu di luar kemampuan, maka dicadangkan pelamar pergi berjumpa keluarga perempuan dan menjelaskan keadaan sebenar. Jangan pulak beritahu mereka bahawa al-Qur'an membenarkan anak perempuan mereka berkahwin dengan orang yang tidak mampu, kerana mereka tentu akan fikirkan tentang kesejahteraan anak mereka pada masa depan, seperti kesejahteraan yang sedia dikecapi. Malah, al-Qur'an membenarkan belanja hantaran itu dikongsi bersama oleh orang yang mengasihi dengan orang yang dikasihi (4:4).

 

Kalau itu pun tidak mampu, maka jalan keluarnya bukan zina. Zina hanya dilakukan oleh orang jahat, yang tidak takut kepada Tuhan. Atau perempuan yang dipaksa, ditipu dan sebagainya. Atau atas suka sama suka!

 

Saudara ada menyebut "hadith rekaan" dengan tanpa menunjukkan bukti. Tunjukkan hadithnya supaya semua pihak dapat memahami. Atau hanya sebut adat perkahwinan sahaja. Memang benar, kadang kala adat membebankan, apatah lagi dengan tambahan seperti kursus perkahwinan yang dibayar, tapi kelihatan tidak dapat menyekat arus perceraian (yang kian deras), atau kejadian keganasan rumah tangga yang menggerunkan.

 

Menurut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam! Ini menakutkan. Untuk keterangan lanjut sila klik link di bawah:

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1perceraiansetiap15minit_Mashitah/Article/index_html

 

Dan bagi keganasan rumah tangga yang dianggap menggerunkan, sila klik link ini:

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0825&pg=ke_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&y=2010

 

Di mana silapnya? Pada mula, kaum lelaki dikatakan temui kesukaran untuk berkahwin (lalu kejahatan zina ambil tempat kesabaran yang manis bagi sesetengah mereka), tetapi selepas berkahwin kaum perempuan pula yang banyak menemui penderitaan. Jari boleh menuding, sekiranya mahu menuding, kepada didikan, formal atau tidak formal, yang diterima, dan mungkin juga disebabkan adat, yang turut tidak memberatkan Peringatan Allah berbunyi,

 

"Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki" (2:228).


 

Terima kasih.

Allah disanjung!

 

3.5.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman