Keindahan dunia Islam dan Jihad

 

From: Jasri
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, April 23, 2011 2:32 PM
Subject: Re: Bacaan Untuk Peringatan


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Salam,

<dipadam> kerana kita skrg ni kita tk biasa berurusan dgn manusia2 yg tidak jual ayat2 ALLAH DENGAN HARGA YG MURAH. Selalunyakan harganya mesti tinggi atas dasar ambilan keuntungan di atas "kerja--kerja JIHAD" yg mereka lakukan. Sehingga keindahan dunia Islam yg sebenarnya tidak kita rasakan.

Mudah2an Allah izinkan kita utk melihat bagaimana rupanya dunia ini bila diselubungi oleh Islam. Inyasyaa Allah.

Tk byk bahan ilmu yg ada skrg ni yg 'make sense'. Saya bersyukur kerana pencarian saya selama ini di lengkapi lagi dengan bahan2 dari saudara. Terima kasih di atas usaha saudara utk semua ini.

Semoga 'bekas-bekas' yg saudara sediakan ini akan dapat keredaan Yg Pemurah.

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.

Alhamdullilah.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kata-kata yang menyentuh... Hanya satu sahaja yang ingin dipanjangkan sedikit di sini, iaitu mengenai jihad. Dalam jihad tiada yang diambil (apatah lagi ambil untung) tetapi hanya beri, menurut kata-kata Allah berbunyi,

"kamu diseru untuk nafkahkan (belanjakan) di jalan Allah," (47:38)

"Berjuanglah (jihad) di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu." (9:41)

Kalau mereka tidak tahu tentang itu, maka tidak syak lagi mereka tidak ikut ajaran al-Qur'an. Dan tidak juga menyuruh pengikut-pengikut mereka ikut Kitab-Nya, lalu jadikan dunia Islam terpisah jauh daripada keindahannya.

Mereka dan pengikut-pengikut mereka adalah bukan orang-orang yang boleh diharapkan untuk menjadikan dunia ini diselubungi kesejahteraan Islam. Mereka yang mampu buat demikian adalah yang ikut ajaran al-Qur'an satu-satunya (mereka digelar golongan Allah) dan antara ayat-ayat yang tidak dilupakan adalah dua yang berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr (ulama agama), dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah." (9:34)

"Ikutlah orang yang tidak minta upah (dalam sampaikan agama) kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)

Mereka tidak melupakan kerana ayat-ayat menunjukkan antara penentang dalam usaha ke arah yang dimpikan sahabat Jasri, pengirim emel di atas.

Sekadar menulis dengan ringkas sahaja. Terima kasih.

Allah disanjung!

25.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman