Rejam bukan ajaran Allah

 

From: ulul_albab6236
Date: Tue, Apr 5, 2011 at 9:20 PM
Subject: rejam bukan ajaran Allah
To: ebacaan114@gmail.com


Rejam bukan ajaran Allah


Salamun’alaikum

Semoga pengurus laman dan keluarga sentiasa dalam pengasihan Allah. Sudah begitu lama tidak menulis kepada e-bacaan dan terasa rindu untuk berkongsi sedikit idea disini. Saya mengenali laman yang bermanfaat ini ketika awal pengajian di universiti dan kini di penghujung dan sibuk menghabiskan masa di makmal  menyiapkan tesis. Walaupun berfikir untuk mengejar masa depan namun begitu saya risau dan mengingatkan diri ini supaya tidak termasuk dalam kaum yang melalaikan al-Qur’an seperti kata Rasul yang berbunyi:

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Beberapa hari lalu, saya telah menonton secara online sebuah filem yang bertajuk Stoning of Soraya M. Filem ini ceritakan kisah benar tentang seorang wanita bernama Soraya yang jadi mangsa rejam di Iran.  Suami Soraya ingin mencari jalan keluar dari pernikahannya untuk menikahi gadis 14 tahun tetapi tidak mahu menyara dua keluarga atau kembalikan mahar isterinya. Berikutan itu, dia mengugut dan merancang komplot dengan sahabatnya yang terkenal dikalangan penduduk tempatan sebagai Mullah (gelaran ulama syiah) untuk buat tuduhan zina terhadap isterinya. Akhirnya, dia berjaya menemukan alasan buat tuduhan itu ketika Soraya mula ambil upah memasak di rumah seorang lelaki duda dan ia disokong oleh kerajaan tempatan dengan mengadakan saksi palsu. Soraya diarak oleh orang ramai ke tempat hukuman dengan masing-masing menggenggam batu. Dengan diiringi teriakan Allah Hu Akbar, wanita itu ditanam pada paras pinggang, lalu rejam sampai mati. Sedutan filem yang memaparkan bagaimana hukuman rejam itu dilakukan dapat disaksikan melalui video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=qM3e3XU-UNw&feature=related

Pada hemat saya, kisah ini beri gambaran  tentang realiti sebenar yang berlaku di negara islam di Asia Barat, Afrika dan Iran yang mengamalkan hukum rejam bagi penzina ini sebagai salah satu hukum Sharia. Sebagai contoh, selama lima belas tahun terakhir lebih dari 1000 perempuan telah direjam sampai mati di Iran. Justeru itu, kisah ketidakadilan dan kezaliman sebegini  selalu jadi tarikan media barat dan pembuat filem untuk ditayangkan kepada masyarakat antarabangsa dan seterusnya akan menimbulkan kebencian dan prejudis masyarakat bukan islam terhadap agama Islam. Akibatnya, mereka mencaci maki dan memandang jijik berdasarkan apa yang berlaku dan sangka hukum ini sebahagian daripada ajaran islam. Benarkah sangkaan mereka itu?

Mari kita mengkaji ayat-ayat Allah bagi menjawab sangkaan mereka. Disini saya turunkan ayat-ayat yang mengandungi kalimat rejam seperti dibawah:

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu kata. Sesungguhnya kami lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."
(penentangan kaum Syu’aib terhadap  ajaran Syu’aib)

18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu, mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian kamu tidak akan beruntung selama-lamanya."
(penentangan kaum tidak percaya terhadap pemuda gua)

19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
(penentangan ayah Ibrahim terhadap ajaran Ibrahim)

26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan jadi antara orang-orang yang direjam."
(penentangan kaum Nuh terhadap ajaran Nuh)

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."
(penentangan kaum tidak percaya terhadap Rasul)

44:20. Dan aku berlindung pada Pemeliharaku dan Pemelihara kamu, khuatir kalau-kalau kamu merejam aku.
(Rasul mohon perlindungan ditakuti direjam oleh kaum Fir’aun)

Apabila kita membaca ayat-ayat diatas, jelas tiada satu ayatpun yang menyokong hukuman rejam  sebagai suatu hukuman dari Allah. Sebaliknya, perbuatan rejam  yang disebut sebenarnya ceritakan perbuatan orang-orang tidak percaya yang menentang ajaran Para Rasul. Anehnya, pada hari ini kebanyakan masyarakat Islam percaya, memperjuangkan dan mengamalkannya sebagai suatu hukum.

Apakah hujah atau sumber yang digunakan oleh kebanyakan Muslim untuk membenarkan hukuman rejam ini sebagai hukum Allah? Jika kita fikirkan dengan waras, tidak mungkin perbuatan orang tidak percaya seperti yang diceritakan dalam ayat-ayat-Nya sewajarnya diambil sebagai hukum. Dan sebenarnya, hukum yang zalim  ini hanyalah diadakan dan dikitabkan oleh penjenayah agama seperti Bukhari dan Muslim sejak 1200 tahun lalu dakwa kononnya hukum ini telah dipraktikkan oleh Muhammad. Kita boleh berfikir dan melihat percanggahan besar antara Hadis Allah (Ahsanal Hadis-39/23) dan Hadis Bukhari dan Muslim seperti dibentangkan dibawah.

Antara hadith yang dijadikan sumber:

Jilid 3, Hadis No 1674: Sahih Muslim

1674 Dari Ibnu ‘Abbas r.a katanya: “ Ketika Umar bin Ktahtab pada suatu ketika sedang berada di mimbar Rasulullah saw, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Ta’ala utus Nabi Muhammad saw. Dengan kebenaran dan Allah turunkan kitab kepadanya. Di antara ayat yang diturunkan kepadanya, yang kita semua telah membaca, telah  mempelajari dan telah memahamkannya, ialah ayat rajam. Rasulullah saw. Telah laksanakan hukuman rejam tersebut, begitu pula kita yang masih hidup sesudah beliau. Aku khuwatir semakin ada orang berkata, “ Di dalam Qur’an tidak ada didapati ayat mengenai hukuman rejam.” Lantas mereka sesat kerana tinggalkan hukum wajib yang diturunkan Allah Ta’ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam kitab Allah, wajib dijalankan atas orang laki-laki dan perempuan yang berzina, apabila ada saksi, ada bukti seperti hamil, atau pengakuan.”

Hadis ini secara jelas satu penipuan apabila dakwa terdapat hukuman rejam yang disyariatkan didalam kitab Allah dan memfitnah Rasulullah melaksanakannya. Terdapat banyak lambakan hadis yang menyokong hukuman ini dan antaranya  boleh dibaca pada link berikut:

Sahih Muslim:
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/muslim/017.smt.html

Sahih Bukhari:
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/082.sbt.html#008.082.816

Disamping tulisan ini, saya turunkan kesemua ayat Qur’an yang menyebut kalimat rejam dan ini menolak penipuan mengatakan terdapat ayat rejam yang membenarkan hukuman ini berlaku. Sebaliknya, hukuman zina yang diajar Allah telah dijelaskan dalam ayat berikut:  

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.

Daripada apa yang dibentangkan diatas, ternyata hadis itu  begitu jelas bercanggah dengan ayat Allah yang menetapkan hukuman bagi penzina. Golongan yang mendustakan Allah begitu berani mencatatkan hukum selain yang ditetapkan didalam kitab Allah.  Tanpa disedar kebanyakkan manusia hari ini, hukum ini sebenarnya dicedok daripada kitab Bible iaitu ajaran penganut Kristian. Antaranya ayat yang disemak pada bible terjemahan melayu seperti dibawah:

Imamat 20:10 Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzinah dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu.

Ulangan 22:23 Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan--jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia,
Ulangan
22:24 maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
(boleh rujuk : http://www.sabda.org/alkitab/
)

Dengan ini, kita sedari bahawa terdapat banyak perselisihan antara hukum syariah yang ditegakkan di negara-negara Islam hari ini dengan apa yang sebenarnya yang telah disyariatkan dalam kitabNya. Tidak hairanlah wujud istilah Islamiphobia dikalangan penduduk Barat ketika ini sehingga orang Islam dilabel pengganas disebabkan ajaran palsu yang lebih cenderung kepada kezaliman dan keganasan. Akhir kata, saya mengajak bersama untuk merenung ayat dibawah sebagai suatu peringatan.

4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas sumbangan yang baik, dengan kajian agak meluas. Balik kepada cerita rejam tadi. Adakah lelaki yang turut berzina direjam juga? Selalunya tidak! Begitulah cerita yang selalu dibaca, lelaki tidak direjam.

Pembunuhan ke atas perempuan bermula daripada mereka di peringakat bayi lagi seperti disebut ayat di bawah:

"Apabila bayi perempuan yang dikuburkan ditanya, Kerana kesalahan apakah dia dibunuh," (81:8-9)

Atas kezaliman mereka rejam, membunuh, Kami tidak minta tetapi percaya bahawa Allah akan laknatkan mereka di dunia dan di akhirat nanti!

Allah disanjung!


7.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman