Kalimat puas hati di dalam al-Qur'an
dan saling setuju dan rela

 


From: ulul_albab6236
Date: 2011/4/2
Subject: kepuasan hati
To: ebacaan114@gmail.com


Salamun'alaikum..

Harap tuan dapat menyemak dan menyenaraikan kalimat ini di laman web. Jika tersalah harap diperbetulkan.

 

Puas Hati

 

Puas hati atau yang berkaitan diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada kata akar Ra Dad Ya, seperti Radiya, Mardat, Radiy dan Ridwan. Kesemua ayat mengandungi mereka disenaraikan di bawah ini:

 

 

Radiya

 

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

 

2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

 

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

 

4:108. Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.

 

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

5:119. Allah berkata, "Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; itulah kemenangan yang besar."

 

6:113. Dan supaya hati orang-orang tidak percayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat puas hati dengannya, dan supaya mereka peroleh apa yang mereka perolehkan.

 

 

9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."

 

9:38. Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah kamu apabila dikatakan kepada kamu, "Berperanglah di jalan Allah", kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit.

 

9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.

 

9:59. Sekiranya mereka sangat puas hati dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya; kepada Allah kami harapkan."

 

9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."

 

9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.

 

9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.

 

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat puas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat puas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak puas hati terhadap kaum yang fasiq.

 

9:100. Dan orang-orang yang mendahului, yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan orang-orang yang ikut mereka dalam buat baik - Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; dan Dia sediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

 

10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,

 

 

19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya bersolat dan zakat, dan dia memuaskan hati Pemeliharanya.

 

20:84. Berkata, "Mereka adalah di atas jejakku; aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati Engkau."

 

20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan ucapannya Dia sangat puas hati.

 

20:130. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati.

 

22:59. Dia akan masukkan mereka melalui satu pintu yang sangat memuaskan hati mereka; dan sesungguhnya Allah Mengetahui, Penyantun.

 

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."

 

33:51. Kamu tangguhkan siapa yang kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.

 

39:7. Jika kamu tidak percaya, Allah Kaya daripada kamu, dan Dia tidak merelai ketidakpercayaan hamba-hamba-Nya; tetapi jika kamu berterima kasih, Dia akan merelai kamu. Dan orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat. Dia tahu apa yang di dalam dada.

 

46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

 

48:18. Allah sangat puas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia tahu apa yang di dalam hati mereka, maka Dia turunkan ketenangan kepada mereka dan ganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,

 

 

53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah izinkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia puas hati.

 

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

 

69:21. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan hati,

 

88:9. Dengan usaha mereka, berpuas hati,

 

89:28. Kembalilah kepada Pemelihara kamu, dengan sangat berpuas hati, sangat memuaskan hati!

 

92:21. Dan sungguh, dia akan berpuas hati.

 

93:5. Pemelihara kamu akan beri kamu, dan kamu akan berpuas hati.

 

98:8. Balasan mereka adalah di sisi Pemelihara mereka dengan Taman-Taman Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka puas hati terhadap-Nya; itu adalah bagi orang yang takut kepada Pemeliharanya.

 

101:7. Dalam kehidupan yang memuaskan hati,

 

 

Mardat

 

2:207. Dan antara manusia ada yang jual diri-diri mereka kerana inginkan kepuasan hati Allah; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.

 

2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati Allah, dan untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia berikan hasilnya dua kali ganda. Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa kamu buat.

 

4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa yang buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar.

 

60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu yang buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

 

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

 

 

Radiy

 

19:6. Yang akan jadi warisku, dan yang jadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati."

 

 

Ridwan

 

3:15. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat hamba-hamba-Nya."

 

3:162. Apa, adakah orang yang ikut kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!

 

3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka ikut kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

 

 

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

 

5:16. Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

 

9:21. Pemelihara mereka beri mereka berita gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka, taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.

 

9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.

 

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunannya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

 

47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

 

48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.

 

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang tidak percaya; kemudian ia jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian ia jadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan ampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

 

57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami; dan Kami utus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

 

59:8. Ia adalah untuk penghijrah-penghijrah yang fakir (memerlukan), yang diusir daripada tempat tinggal mereka dan harta benda mereka, untuk mencari pemberian daripada Allah dan kepuasan hati, dan menolong Allah dan Rasul-Nya; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

 

 

Rujukan :

 

Concordance of the Qur’an m/s 995

 

Hans Wehr : A Dictionary of Modern Written Arabic m/s 344, ridan, ridwan & mardah

 

 

 

Salamun alaikum,

Terima kasih atas sumbangan yang amat bagus. Senarai di atas sudah disemak, dan sedikit pembetulan telah dibuat.

Izinkan kami menambah sedikit, dengan menyelitkan di sini 3 lagi kalimat yang terbit daripada akar yang sama seperti di atas, iaitu Arda, Tarada, dan Irtada. Didapati kesemua kalimat daripada akar Ra Dad Ya tidak membawa satu erti yang sama.

Senarai ayat-ayat mengandungi 3 kalimat tersebut adalah seperti berikut:


Arda vb. (IV)-to give satisfaction, to please

9:8. Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu, mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

 

9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.

 


Tarada
vb. (VI) -to agree together. (n.vb.) the act of agreeing together, mutual consent

 

 

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

 

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

 

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

 


Irtada
vb. (VIII)-to be well-pleased, to approve

 

21:28. Dia tahu apa di hadapan mereka, dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada orang yang Dia relai, dan mereka ketakutan dalam takuti-Nya.

 

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

 

72:27. Melainkan hanya kepada Rasul yang Dia relai dengannya; kemudian Dia susupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,

 


~ A Concordance of the Qur’an m/s 997

 

 

Terima kasih.

Allah disanjung!

 

3.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman