Satu Umat
From: waklan57
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sat, January 8, 2011 11:25:35 AM
Subject: Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat
Salam tuan,
Saya sudah baca sebahagian kecil artikel-artikel dalam e-bacaan, sangat menarik dan beri kesedaran kepada saya. Alhamdulillah dan juga terima kasih kepada tuan. Saya ingin bertanya tentang slogan yang tuan gunakan dalam mukasurat permulaan setiap kali saya buka laman tuan iaitu "Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat" . Kita ada satu Tuhan, kita ada satu kitab dan saya yakin. Tetapi bagaimana dengan 'satu Umat'? Kalau kita ada ketiga-tiga elemen ini saya pasti kita jadi umat terbaik ( 3/110)
Sekian.
Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam
waklan
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Perkara yang dibangkitkan agak menarik, mengenai kurang keyakinan terhadap Satu Umat pada slogan e-bacaan.
Sebenarnya, al-Qur'anlah yang menyatakan manusia sebagai satu umat dan Pemeliharanya satu jugak, iaitu "Aku" yang harus disembah, dan ditakuti. Sila lihat dua firman berikut:
"Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku." (21:92)
"Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku." (23:52)
Masalah timbul dalam menyembah dan menakuti-Nya setelah Dia turunkan Kitab (satu) yang jadikan umat tidak bersatu lagi. Firman Allah,
"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus." (2:213)
Manusia berselisih kerana angkuh, lalu ada yang dapat petunjuk dan yang lain tidak. Akan tetapi mereka masih jadi satu umat.
"Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan." (10:19)
Justeru, sekiranya ingin meragukan tentang satu umat maka satu Tuhan dan satu Kitab juga boleh diragukan atas atas keangkuhan dan perselisihan umat.
Satu daripada maksud umat, di dalam al-Qur'an, ialah puak. Kalau ada dua belas puak maka terjadilah dua belas umat. Fahaman dipetik daripada ayat berbunyi,
"Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat." (7:160)
Selanjutnya dapat difahamkan iaitu pemotongan umat boleh juga berlaku apabila terdapat golongan yang salih dan golongan yang lain tidak salih. Firman-Nya,
"Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali." (7:168)
Satu persamaan boleh dibuat iaitu umat dengan orang Melayu. Antara kaum Melayu terdapat Melayu yang celik dan Melayu yang buta, atau, umat yang celik dan umat yang buta, atau puak yang celik dan puak yang buta. Tapi, walaupun celik atau buta, mereka tetapi Melatu. Ayat yang berkaitan berbunyi,
"Antara kaum Musa, ada umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka jalankan keadilan." (7:159)
Selain disebut umat yang beri petunjuk, umat-umat lain seperti di dalam senarai di bawah juga disebut di dalam al-Qur'an:
umat yang di tengah
umat yang menyeru kebaikan, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar
umat terbaik dikeluarkan bagi manusia
sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak
umat yang adil, dan
umat yang beri petunjuk dengan yang benar (yang telah disebut)
Senarai yang meringkaskan itu diceduk daripada lima ayat, diturunkan di bawah ini:
"Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu;" (2:143)
"Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang beruntung." (3:104)
"Kamu adalah umat terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq." (3:110)
"Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud." (3:113)
"Sekiranya mereka lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa mereka buat." (5:66)
Ayat-ayat di atas beri antara maksud seruan supaya jadi Satu Umat, dan mereka adalah perkara-perkara disenaraikan di bawah ini:
menyeru akan kebaikan, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar,
jadi tegak,
jadi adil, dan tidak ketinggalan
beri petunjuk dengan yang benar.
Seruan itu memang sukar dicapai dan boleh diragui, seperti juga seruan kepada menyembah satu Tuhan dan berpegang pada satu Kitab. Andaikata kesukaran ingin diutamakan maka tiadalah sesuatu yang diperoleh, seperti perubahan dan kesejahteraan.
Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat
Allah disanjung!
17 Disember 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman