Ucap Salam bukan ajaran Allah
From: sky5ire
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thu, November 25, 2010 1:44:06 PM
Subject: Ucapan Salam yang disalah ertikan
Salam,
Baru-2 ini saya ade terbaca sebuah artikel mengenai ucapan Salam dan saya rasa sangat terkejut dengan penjelasan yang diberikan dan amat saya kesali diatas 'kebodohan' mereka yang 'buta-buta' hanya ikut kata-2 sang ustaz yang beri penjelasan mengenai ayat salam dari surah 43:89
Sila baca dibawa untk penjelasan seterusnya
Pengertian "SALAM" ....Baru ku tahu pengertiannya...kawan2,baca k...
by MiMie Colourfull on Monday, November 22, 2010 at 9:23pm
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakan:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan tahu (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara beri salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW beri salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
“As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita beritahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
sumber -->http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-betul-beri-salam.html
tiba-2 saya teringat ayat dibawa ini,...semoga ianya beri manfaat kepada kita semua
5:118. Jika Engkau azab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau ampun mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
Salamun alaikum,
Terima kasih atas kiriman mengandungi ajaran Salam yang bukan ajaran Allah atau bukan ajaran Islam sebenar. Dan, apa yang dikatakan salam Rasul Allah itu hanya menunjukkan bahawa orang yang berkata ingin buktikan baginda tidak tahu al-Qur'an, atau berani menolak ajaran Allah yang disampaikan kepadanya.
Untuk mengetahui apa yang disampaikan kepada baginda dan salam yang diamalnya serta disampaikan pula kepada manusia sila rujuk kalimat Salam yang baru dikemaskini. Di situ juga dapat difahamkan segala kalimat yang terbit daripada akar sim lam mim, serta mengetahui iaitu tiada satu pun perkataan salam yang diertikan kepada "Selamat Tinggal".
(Sila rujuk Salamun alaikum dan karangan-karangan lain yang berkaitan di ruangan Perpustakaan.)
Terima kasih.
Allah disanjung!
27 Nov 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman