Jalan Lurus, Jalan Allah

 

 

From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thu, November 4, 2010 9:19:52 PM
Subject: Jalan Lurus

 

 

Yang dihormati
Tuan Pengurus Laman
 
 

Salaamun alaikum.
 
Selamat bertemu lagi dan semoga tuan dan keluarga berada di dalam kesejahteraan hendaknya.

Saya ingin memohon pandangan tuan berkenaan dua perkataan, siraathin dan sabili.
Adakah kedua perkataan itu dan kata-kata yang lain, yang mempunyai akar yang sama dengan mereka, mempunyai makna yang sama pula?
 
Contohnya: 
صِرَاطٍ  Path
 
سَبِيلَ  Way
 
Adakah kemungkinan kata siraatha itu lebih berat tuntutannya daripada kata sabili.
 
Atau adakah perkataan siraathin mengandungi erti yang berbeza daripada yang selalu diguna seperti:
Undang-undang, cara, budaya, pegangan dan sebagainya?
 
Terimakasih
 
Alhamdu lillah

 

 

Salamun alaikum,

 

Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Pihak kami juga berharap sahabat dan keluarga, serta para pembaca, berada dalam kesejahteraan.

 

Kerana kiriman sahabat di atas kami kumpul segala ayat yang mengandungi dua kalimat tersebut. Diharap pembaca dapat mengimbas senarai itu sebelum membaca jawapan-jawapan kami di sini atas tiga pertanyaan yang dikemukakan.

 

Pertama, pertanyaan berbunyi,

 

"Adakah kedua perkataan itu dan kata-kata yang lain, yang mempunyai akar yang sama dengan mereka, mempunyai makna yang sama pula?"

 

Kami dapati, bagi sirat (atau siraathin), tidak ada kata lain daripada akarnya. Bagi sabil (atau sabili) pula, ada satu sahaja, iaitu salsabil daripada akar yang sama. Kalimat tersebut terdapat pada ayat berbunyi,

 

"Di dalamnya sebuah mata air yang dinamakan Salsabil." (76:18)

 

Seperti dapat dilihat, perkataan Salsabil tidak dapat diterjemah kepada "jalan" walaupun seakar dengan sabil.

 

 

Soalan seterusnya berbunyi,

 

"Adakah kemungkinan kata siraatha itu lebih berat tuntutannya daripada kata sabili."

 

Sebenarnya, kami tidak tahu sama ada sesuatu tuntutan Allah, berupa sepatah kata, boleh diterangkan lebih berat daripada kata lain. Jika boleh, apakah kriterianya? Atau, bolehkah kalimat-kalimat Allah dibandingkan macam itu?

 

Kata sirat disebut sebanyak 45 kali di dalam al-Qur'an, sementara sabil sebanyak 176 kali. Antara frasa mengandungi kata sirat yang terbanyak disebut ialah "jalan lurus" dan sabil, "jalan Allah". Jalan lurus disebut sebanyak 30 kali, sementara jalan Allah 68 kali.

 

Selain jalan lurus frasa mengandungi sirat turut menyebut beberapa yang lain. Sebagai contoh diturunkan di bawah antaranya:

 

jalan Pemelihara kamu

jalan-Ku

jalan Engkau

jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji

jalan Yang Terpuji

jalan Allah (siraathillahi - 42:53)

 

Bagi sabil pula, selain jalan Allah, disebut banyak frasa lain. Di sini diturunkan hanya yang berkaitan dengan diri-Nya sahaja iaitu:

 

jalan-Ku

jalan-Nya

jalan Engkau

jalan Pemelihara kamu

jalan kepada Yang mempunyai Arasy

 

Walaupun perbandingan telah dibuat, namun kami tidak berani mengatakan sira lebih berat tuntutannya daripada sabil. Bagi kami kedua-duanya kelihatan sama berat.

 

Beralih kepada soalan terakhir, berbunyi,

 

"Atau adakah perkataan siraathin mengandungi erti yang berbeza daripada yang selalu diguna seperti:
Undang-undang, cara, budaya, pegangan dan sebagainya?"

 

Sekali lagi kami menyatakan tidak tahu. Dan rasa agak terkejut bagaimana satu kata yang lazim diterjemah kepada jalan boleh beri erti begitu luas. Jika ia digabungkan dengan kalimat lurus, lalu jadi jalan lurus, ia mungkin benar, kerana jalan lurus adalah al-Qur'an yang kandungannya ada mengandungi antara perkara-perkara yang disebut.

 

Maaf jika jawapan kami mengecewakan.

 

Allah disanjung!

 

 

7 Nov 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman