Orang diberi petunjuk (Ciri-ciri)
From: wadi_h
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, November 2, 2010 10:29:05 AM
Subject: Hanya kepadanya aku kembali..
Salammun' alaikum tuan penulis bacaan..Di harap tuan/puan dan seluruh tenaga kerja maya e-bacaan diberi rahmat dari sisi Allah yang satu.
Sudah lama juga mengetahui laman ini sejak hujung 2009..itu pun semasa bersendirian di rantau orang dan berjauhan dari anak dan isteri semasa di serawak selama setahun.
Tak banyak nak diperkatakan disini...hanya saya nak ucapkan syabas dan taniah kerana pihak penulis dan seluruh tenaga kerja e-bacan serta pengirim pengirimnya dapat membuka minat saya dalam mendalami membaca Al-Quran melalui terjemahananya ...terlalu tersentuh hati dan bergetar seluruh kulit badan bila membaca kitabnya yang selama ini hanya tahu dari usztad dan uztazah untuk mengetahui bab islam...ada ke tidak ada dalam Quran atau betul atau tidak itu Al-Quran saya ikut saja..
maklumla saya dah di training dari kecik sampai la dah mempunyai anak ni "jangan belajar tampa guru" oleh ibu ayah dan kawan kawan saya serta guru guru sekolah saya..tapi tidak lagi..saya hanya menghormati saja pandangan mereka mereka yang ikut hadis, bukan mentaati atau ikut..
sekarang bila membaca semua artikel di dalam ebacaan ini..saya minta diberi petunjuk dari Allah dan jauhkan dari perbuatan Dosa..dan ingin mengatakan kepada penulis teruskan usaha penulis dalam mencari kebenaran menentang hadis-hadis yang tidak betul dan teguhkan Al-Quran untuk Islam..saya menyokong usaha penulis..
Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat.
sekian
Salamun
alaikum,
Segala puji bagi Allah dan Syukur kepada-Nya atas kurniaan yang bukan kecil, kerana diberi hanya kepada siapa Dia hendaki. Kurniaan yang dimaksudkan ialah petunjuk.
Sehubungan itu, teringin pula sampaikan pendapat mengenai orang-orang diberi petunjuk oleh Allah pada jalan lurus. Daripada ayat-ayat Allah didapati bahawa mereka terdiri daripada orang-orang yang:
a. berpegang teguh kepada Allah"Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)
b. percaya kepada-Nya dan buat kerja-kerja baik"Sesungguhnya Allah masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai .... mereka diberi petunjuk pada ucapan yang baik, dan mereka diberi petunjuk pada jalan Yang Terpuji." (22:23-24)
Senarai
ditambah dengan adanya ayat-ayat menyebut tentang orang-orang yang Allah beri petunjuk pula. Dengan ringkas, mereka adalah orang-orang:
c. yang dengan senang hati menerima ketentuan Allah atas kiblat"Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih." (2:143)
d. yang ikut kepuasan hati Allah"Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:16)
e. yang tidak meminta atau tidak ambil upah dalam sampaikan agama"Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, 'Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:90)
f. yang berkesesalan"... Katakanlah, 'Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan.'" (13:27)
g. yang mensyukuri atas rahmat Allah"Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia berikannya petunjuk pada jalan lurus." (16:121)
h. yang mendengar pandangan-pandangan orang lain dan pilih mana paling baik"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)
Menyentuh sedikit mengenai ayat di atas. Ikut pandangan
paling baik, kata-Nya, bukan ikut undi majoriti, kerana pilihan majoriti, atas
sesuatu petunjuk, mungkin
bukan pandangan paling baik yang seseorang harus ikut.
Di sini sampai di hujung senarai dengan dua golongan yang Allah beri petunjuk.
Mereka adalah:
i. yang berjihad"Tetapi orang-orang yang berjihad untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik." (29:69) dan akhir sekali,
j. yang berperang"Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya.....
Dia akan beri petunjuk kepada mereka, dan membetulkan keadaan mereka," (47:4-5)
Jihad dan
perang, boleh dikatakan tidak sama. Daripada sebutan kalimatnya sahaja dapat dilihat
perbezaannya. Jihad ialah jahada sementara perang ialah qaatala
atau haraba seperti disebut
di dalam Kitab Allah.
Jihad, atau berjuang, adalah untuk al-Qur'an dengan tidak semestinya membunuh beramai-ramai seperti dalam perang.
Justeru ayat di bawah dirasakan tidak begitu sesuai diguna bagi kegiatan jihad dewasa ini, kerana ia adalah untuk perang:
"Allah suka orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan-barisan, seakan-akan mereka sebuah bangunan yang padu." (61:4)
Selanjutnya, tumpuan kepada frasa barisan-barisan yang bermaksud bilangan bukan satu tetapi lebih, atau banyak - misalan barisan infantri, artileri dan sebagainya. Barisan yang banyak itu bersepadu dalam perang.
Andaikata ayat itu ingin diguna sebagai iktibar bagi jihad maka terdapat juga beberapa barisan atau kumpulan dalam jihad, bukan satu sahaja. Kumpulan-kumpulan jihad itu bergabung dengan padu dalam perjuangan.
Kembali kepada tajuk orang-orang dapat petunjuk. Mereka yang dapatnya
dengan benar akan ditambah dalam petunjuk dan ditambah dengan dikurniakan
ketakwaan oleh Allah. Firman-Nya,
"Tetapi orang-orang yang dapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia tambahkan dalam petunjuk, dan beri mereka ketakwaan mereka." (47:17)
Allah beri petunjuk ke jalan lurus. Dia memberinya
melalui al-Qur'an yang diturunkan. Dua firman di bawah menjelaskan:
"Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar," (17:9)"Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus," (42:52)
Petikan ayat-ayat al-Qur'an di halaman ini berakhir dengan
doa yang bersabit, berbunyi,
"Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (3:8)
Sebelum menamatkan coretan kali ini, kami ingin sampaikan ucap ribuan terima kasih kepada
sahabat pengirim e-mel di atas kerana sudi menulis kepada kami dan beri sokongan.
Semoga beliau dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah jua!
Allah disanjung!
4 Nov 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman