Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 4
From: sky5ire
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, September 27, 2010 8:57:40 AM
Subject: Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon (penilaian)
Salam,
Ini bukanlah respon kepade tajuk tp sekadar penilaian sahaje
Renungkan ayat dibawah ini;
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka.
Rasanya kita semua sudah cukup arif dengan maksud ayat tersebut namun masih ramai yang bertindak seperi kebudak budakkan didalam menegakkan setiap kepercayaan yang kita perolehi dari ape yang kita pelajari atau yang disampaikan kepade kita dari pemimpin kita ( kalau ahlul bait selalunya, dari Imam atau Ustaz mereka ) jadi berpegang sahaja kepada ape yang kita percayai tanpa perlu menuduh menghina menindas dan sebagainya kepade golongan dan pengikut-2 yang lain
Biar saya berikan sedikit contoh tentang kehidupan saya.
Mertua saya iaitu bapa dan ibu kepade isteri saya adelah dari golongan ahlul bait, orang kuat didalam kumpulan tersebut (termasuk isteri saya tp dia dan adik beradik yang lain tidak begitu giat seperti mereka, sekadar ikutan mane yg termampu)
mereka sering mengadekan majlis dirumah dan mereka akan 'berselawat' kepade Nabi dengan penuh semangat dan jadi suatu kemestian untuk mereka ceritakan kisah karbala dan cucu Nabi hassan dan hussain dan mengulangi cerita tersebut hingga menangis semahu mahunya baik lelaki mahupun perempuan yang ade didalam majlis tersebut, sehinggakan sampai menepuk nepuk dada.
Dan si ustaz pula datangkan hadis-hadis Nabi dan semua yang hadir akan menangis kerana hadis ade bersangkut paut dengan kisah karbala yang mane cucu Nabi hassan dan hussain dibunuh
Dan setiap kali sebelum kami (saya isteri dan adik-beradik serta mertua saya) memulakan perjalanan bapa mertua saya akan bersuara "selawat"... dan semua yang ade akan berselawat kecuali saya (tak perlu saya huraikan kenape saya tidak selawat bersama)
Pernah saya ikut mereka ke sebuah majlis yang mereka namakan kalau tak silap saya 'mengingati peristiwa karbala'...
Si ustaz bercerita dengan penuh semangat sampai menangis dan semua yang hadir baik lelaki mahupun perempuan akan menangis sama hingga menepuk nepuk dada, ade yang menepuk kuat dan ade yg perlahan...
Mereka akan bernyanyi sambil menepuk nepuk dada dan bila dah 'zuk' akan menepuk dengan lebih kuat sampai terlompat lompat dan berpusing pusing mengikut rentak irama lagu....
Saya jadi lemas dan tak tentu arah dengan keadaan seperti itu dan saya terfikir....adekah ini ajaran Nabi Muhammad kepade umatnya?
semata mata kerana hadis yang mengatakan sesiapa yg menangis mengenangkan kematian hassan dan hussain kerana peristiwa karbala, diakhirat kelak Nabi akan mengenali orang tersebut dan langsung memohon kepada Allah agar dia dimasukkan ke syuga.
Apa sahaja yang mereka lakukan pasti akan disertakan dengan selawat dan itu jadi suatu kemestian kepade mereka.
dan satu lagi, nama saiyidina Ali pasti akan disebut sebut, begitu juga dengan nama siti fatimah.
kesimpulannya... selawat keatas Nabi, nama saiyidina ali, hassan dan hussain yang kononnya Imam besar akan disebut dan dibesar besarkan.
Saya sekadar perhatikan perihal mereka dan tidak campur tangan langsung jika mereka mempersoalkan perjalanan ahlul bait. saya buat hal saya dan mereka buat hal mereka dan jika saya berdebat dengan mereka, semestinya mereka tidak akan menerima ape yang saya sampaikan dan akan terjadi permusuhan kelak
dan mereka juga tidak kemukakan ape-2 tentang ahlul bait kerana mereka tahu yang saya tidak akan amik tahu akan hal itu
Saudara SH, awak beragama Islam kami pun sama... awak mengaku muslim kami pun begitu... awak percaya kepade Al-Kitab kami juga.. awak percaya kepada Nabi begitu juga dengan kami tapi jika awak percaya kepade Nabi-nabi yang lain kenapa tidak berselawat keatas mereka sekali ?
begitu juga dengan mereka yang bukan dari golongan ahlul bait tetapi percaya kepada ajaran berselawat...
renungkan dan fikirkan ayat dibawah ini...
3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
Jika tidak beza-bezakan atau mengagung-agungkan atau membesar-besarkan, berselawat teruslah kepada Nabi-2 yang lain
Percaya kepade Nabi Muhammad maka selawat yang mudah ialah;
AllahhumA sali ala syedina muhammad waal ahlihi syedina muhammad.
selawat untuk para nabi yang lain tak ada ke...?
AllahhumA sali ala Ibrahim waal ahlihi Ibrahim.
AllahhumA sali ala Nuh waal ahlihi Nuh.
AllahhumA sali ala Sulaiman waal ahlihi Sulaiman.
kata percaya kepada para Nabi, amacam orang-2 yang berselawat, any takers..?...nanti kena tuduh membawa ajaran sesat pulak
Mungkin saya dianggap bodoh, biadah atau keterlaluan dengan penjelasan demikian tapi apa yang ingin saya tekankan disini ialah,
agama kita sama tetapi perjalanan kita berbeza dari sudut kepercayaan, pengetahuan dan pegangan
seperti yang Allah Katakan 23:53...tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka.
jadi tak perlulah bermatian-matian menegakkan sesuatu kepercayaan yang bukannya datang dari Allah melalui Al-Kitab
4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.
47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
Salam
Salamun
alaikum,
Dalam penilaian di atas, terdapat satu kisah yang belum kami tahu, iaitu apa yang berlaku ketika mereka adakan majlis salawat, dengan zuknya, tangisan, tepuk tangan dan lain. Begitu rupanya mereka menyanjung Nabi dan cucu-cucunya!
Terima kasih.
28 September 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman